• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kes Tembak Mati Di Bintulu, Lelaki Ini Diserang Di Tempat Letak Kereta Hotel

Oleh
Nazihah AN
8 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Kes Tembak Mati Di Bintulu, Lelaki Ini Diserang Di Tempat Letak Kereta Hotel

Lelaki dan teman wanitanya diekori oleh empat orang suspek

Kes Tembak Mati Di Bintulu, Lelaki Ini Diserang Di Tempat Letak Kereta Hotel. Pada 7 November 2024, seorang lelaki Cina berusia 30-an dari Sibu ditembak mati di tempat letak kereta hotel di Bintulu ketika bersama teman wanitanya.

Mangsa diserang oleh empat suspek yang membawa senjata api dalam sebuah kenderaan berwarna merah. Dua daripada mereka keluar dan menyerang mangsa sebelum menembaknya pada jarak dekat.

Kes Tembak Mati Di Bintulu, Lelaki Ini Diserang Di Tempat Letak Kereta Hotel
Sumber gambar: Sin Chew

Polis bertindak pantas dengan menangkap dua suspek dalam tempoh enam jam hasil bantuan pasukan dari Miri.

Walau bagaimanapun, pihak polis sedang menyiasat motif pembunuhan ini, termasuk hubungan suspek dengan mangsa.

…TERKINI

Bertindak atas maklumat, pihak polis telah berjaya menahan dua suspek lelaki, masing-masing warga tempatan dan warganegara asing lingkungan umur 40an di kawasan Miri.

Susulan penahanan tersebut, pihak polis turut merampas sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kes ini.

Permohonan tahanan Reman akan dipohon di Mahkamah Majistret Bintulu dan siasatan dijalankan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali, menegaskan pihak Polis tidak berkompromi ke atas mana-mana individu atau kumpulan yang melakukan perbuatan jenayah.

Pihak polis, katanya lagi, komited dalam mengesan suspek yang terlibat di dalam kes ini.

Sehubungan itu, pihak polis juga menyarankan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang masih dalam siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian jenayah, diminta tampil dan  menghubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Lelaki Cedera Parah Ditembak Individu Tidak Dikenali Ketika Menunggu Anak Balik Sekolah Di Sibu
Tragedi Di Hutan Song, Anggota Tentera Terkorban Dalam Insiden Tembakan Misteri Di Kanowit
SUMBER :Sin Chew
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jambatan Muara Lassa Di Daro Dijangka Siap Januari 2025
Next Article Ini 5 Senarai Jambatan Baharu Di Sarawak Dan Tarikh Siap Ini 6 Senarai Jambatan Baharu Di Sarawak Dan Tarikh Siap

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?