• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jambatan Batang Saribas 2 Dijangka Siap Disember, Jambatan Saribas 1 Bakal Dibuka Mei Ini

Oleh
Farisha
11 April 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Projek Jambatan Batang Saribas 2 Capai 65.1% Siap, Satu Hampir Siap, Satu Lagi Bakal Dibuka

Jambatan Batang Saribas 2 Dijangka Siap Disember, Jambatan Saribas 1 Bakal Dibuka Mei Ini. Projek pembinaan Jambatan Batang Saribas 2 bernilai RM385 juta kini telah mencapai kemajuan sebanyak 65.1%, dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember 2025, menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau menyatakan keyakinan bahawa dengan berakhirnya musim tengkujuh, kerja-kerja pembinaan dapat diteruskan dengan lebih lancar tanpa banyak gangguan.

Jambatan Batang Saribas 2 Dijangka Siap Disember, Jambatan Saribas 1 Bakal Dibuka Mei Ini
Jambatan Batang Saribas 2 Dijangka Siap Disember, Jambatan Saribas 1 Bakal Dibuka Mei Ini. Sumber foto: Facebook JKR

“Kami mendapati pihak kontraktor mempunyai jumlah tenaga kerja dan jentera yang mencukupi. Harapannya, cuaca akan lebih baik dalam tempoh beberapa bulan akan datang agar projek ini dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya, menurut laporan media tempatan.

Antara Jambatan Terpanjang di Sarawak

Jambatan ini, dengan panjang 2.39 kilometer, bakal menjadi jambatan ketiga terpanjang di Sarawak selepas siap kelak. Uggah, yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, turut menegaskan bahawa pemantauan rapi akan dilakukan oleh kementeriannya bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak sepanjang tempoh pembinaan.

Langkah Proaktif Untuk Elak Kelewatan

Menurut Uggah, beliau telah mengarahkan Pengarah JKR Sarawak, Dr Cassidy Morris, bersama pasukannya serta pihak perunding dan kontraktor, untuk merangka pelan kerja yang menyeluruh bagi memastikan kelancaran projek.

“Mereka perlu memastikan tiada isu yang boleh menjejaskan kelancaran atau menyebabkan kelewatan projek,” jelasnya semasa lawatan tapak di Kuala Saribas.

Beliau juga menjelaskan bahawa projek infrastruktur seperti ini berpotensi menghadapi cabaran seperti isu pemilikan tanah dan keadaan cuaca yang tidak menentu. Namun, pemantauan di lapangan yang berterusan akan membolehkan masalah dikenal pasti dan diselesaikan segera.

“Jika berlaku isu, kita perlu tangani dengan segera, seolah-olah merawat penyakit sebelum menjadi lebih serius,” ujarnya.

Jambatan Batang Saribas 1 Hampir Siap

Dalam pada itu, Uggah bersama Dr Cassidy dan beberapa pegawai kanan turut berkesempatan melakukan ujian pemanduan di Jambatan Batang Saribas 1 yang hampir siap dibina.

Jambatan ini, yang bernilai RM375.5 juta, dijangka dibuka kepada orang awam selewat-lewatnya Mei 2025.

Kejayaan projek Jambatan Batang Saribas 2 bukan sahaja bakal memperkukuh rangkaian infrastruktur negeri, malah memberikan kesan positif terhadap pembangunan ekonomi dan kesejahteraan penduduk setempat. Dengan pemantauan berterusan dan kerjasama semua pihak, projek ini diyakini dapat disiapkan mengikut jadual atau lebih awal daripada yang dirancang.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan pembukaan jambatan di Sarawak:

7 Projek Jambatan Di Sarawak Dijangka Siap Menjelang Akhir Tahun Ini
Jambatan Batang Lupar Dua Bakal Jadi Jambatan Kabel Tertinggi Di Malaysia Menjelang 2026
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kuching Car Free Morning Kali Ini Edisi Hari Raya Aidilfitri, Bawa Suasana Lebaran Di Tengah Bandar Kuching Kuching Car Free Morning Kali Ini Edisi Hari Raya Aidilfitri, Bawa Suasana Lebaran Di Tengah Bandar Kuching
Next Article Ini Panduan Dapatkan Khidmat Kaunseling Kesihatan Mental Percuma di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?