• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Jangan Buang Wang Kertas Rosak Anda! Rupanya Boleh Tukar Di Mana-Mana Cawangan Bank Di Malaysia

Oleh
Nazihah AN
17 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Jangan Buang Wang Kertas Rosak Anda! Rupanya Boleh Tukar Di Cawangan Mana-Mana Cawangan Bank Di Malaysia

Bank Negara Malaysia telah kongsi cara menukar wang rosak

Jangan Buang Wang Kertas Rosak Anda! Rupanya Boleh Tukar Di Mana-Mana Cawangan Bank Di Malaysia. Anda ada wang kertas yang dah rosak akibat dimakan anai-anai? Mempunyai kesan dakwat? Jangan buang dulu! Berkemungkinan besar wang kertas rosak yang anda simpan masih lagi bernilai sekiranya anda ingin menukarnya.

Isi Isi Penting
  • Bank Negara Malaysia telah kongsi cara menukar wang rosak
  • “Alaa selotape jelah duit tu… masih boleh guna lagi”
  • Terdapat 2 garis panduan pertukaran nilai
  • Ini adalah cara anda menukar wang di cawangan bank
  • Lagi di sini:

Anda boleh menukar wang kertas anda yang dah rosak tersebut di Bank Negara Malaysia atau mana-mana cawangan bank di Malaysia.

“Alaa selotape jelah duit tu… masih boleh guna lagi”

Tahukah anda, jika diikutkan dalam undang-undang Malaysia, anda sudah tidak boleh gunakan duit yang sudah koyak tersebut. Jadi kena pastikan duit yang anda menerima atau memberi itu tidak dilekatkan dengan selotape, tau!

Bagi anda yang masih menyimpan duit yang koyak, dimakan anai-anai atau mempunyai kesan dakwat, jangan risau! Jangan buang dulu. Anda kena ikut cara-cara di bawah ini. Tetapi sebelum itu, anda kena tahu wang kertas yang diterima untuk pertukaran di bank.

Jangan Buang Wang Kertas Rosak Anda! Rupanya Boleh Tukar Di Mana-Mana Cawangan Bank Di Malaysia
Jangan Buang Wang Kertas Rosak Anda! Rupanya Boleh Tukar Di Mana-Mana Cawangan Bank Di Malaysia

Terdapat 2 garis panduan pertukaran nilai

Terdapat dua garis panduan pertukaran nilai iaitu dimana wang kertas anda yang rosak tetapi masih jelas nilainya dan wang kertas anda rosak yang kurang jelas nilainya. Untuk yang masih jelas nilainya, bank akan gantikan nilai wang anda pada hari yang sama.

Manakala untuk wang kertas yang rosak dan kurang jelas nilainya, pihak bank akan merujuk kepada BNM dan akan diganti nilai wang anda pada tarikh lain. Ini adalah contoh-contoh wang rosak untuk pertukaran nilai.

Ganti nilai pada hari yang sama

1. Lebih 2/3 daripada saiz asal wang kertas

Jangan Buang Wang Kertas Rosak Anda! Rupanya Boleh Tukar Di Mana-Mana Cawangan Bank Di Malaysia

2. Tidak mempunyai contengan pada potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau tulisan yang memaparkan slogan politik.

Jangan Buang Wang Kertas Rosak Anda! Rupanya Boleh Tukar Di Mana-Mana Cawangan Bank Di Malaysia

3. Tidak rosak oleh contengan ketara seperti tulisan perkataan, angka dan lain-lain.

Jangan Buang Wang Kertas Rosak Anda! Rupanya Boleh Tukar Di Mana-Mana Cawangan Bank Di Malaysia

Ganti nilai pada tarikh lain

1. Mempunyai kesan dakwat

Jangan Buang Wang Kertas Rosak Anda! Rupanya Boleh Tukar Di Mana-Mana Cawangan Bank Di Malaysia

2. Terbakar

Jangan Buang Wang Kertas Rosak Anda! Rupanya Boleh Tukar Di Mana-Mana Cawangan Bank Di Malaysia

3. Dimakan anai-anai

Jangan Buang Wang Kertas Rosak Anda! Rupanya Boleh Tukar Di Mana-Mana Cawangan Bank Di Malaysia

Ini adalah cara anda menukar wang di cawangan bank

Cara nak tukar duit kertas yang rosak ialah dengan membawa wang kertas /wang polimer / duit syiling yang rosak tadi ke mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia yang berhampiran dengan anda dan isi borang.

Anda boleh mendapatkan borang tersebut di kaunter. Sekiranya cawangan Bank Negara Malaysia terlampau jauh dari rumah anda, anda boleh mencuba mendepositkan wang kertas rosak anda di Maybank, CIMB, BSN dan lain-lain.

Untuk cara-cara pengendalian wang kertas polimer yang betul anda boleh layari laman web bnm.gov.my/proper-handling-of-banknotes untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bonnie Menang Lagi! Kali Ini Juara Asia Ocenia World Cup Para Powerlifting Di Korea Selatan
Next Article Fikir Cabut Dan Buang, Rupa-Rupanya 'Pull Ring' Dalam Kotak Susu Ada Fungsi! Fikir Cabut Dan Buang, Rupa-Rupanya ‘Pull Ring’ Dalam Kotak Susu Ada Fungsi!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?