• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bonnie Menang Lagi! Kali Ini Juara Asia Ocenia World Cup Para Powerlifting Di Korea Selatan

Oleh
Ismail NA
17 Jun 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Ini baru betul-betul lejen!

Bonnie Menang Lagi! Kali Ini Juara Asia Ocenia World Cup Para Powerlifting Di Korea Selatan. Setelah kejayaan sensasinya merangkul pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo tahun lalu, jaguh angkat berat negara, Bonnie Bunyau kini melakar sejarah sekali lagi!

Isi Isi Penting
  • Ini baru betul-betul lejen!
  • Aksi cemerlang, tidak pernah mengecewakan daripada ‘badang’ Sarawak
  • Angkatan Bonnie jauh meninggalkan pesaing
  • Tahukah anda bahawa Bonnie Bunyau Gustin ini dinobatkan sebagai salah seorang daripada 10 atlet paralimpik terbaik di dunia? Ketahui lebih lanjut di sini:

Kali ini, di bumi Korea Selatan, kehebatan Bonnie seolah-olah tidak dapat disangkal oleh peserta lain dari seluruh pelusuk dunia apabila berjaya merangkul pingat emas dalam acara angkat berat para kategori bawah 72 kilogram (kg) di Kejohanan Asia Oceania World Cup Para Powerlifting Championship 2022 yang berlangsung di Pyeongtaek-si.

Bonnie Menang Lagi! Kali Ini Juara Asia Ocenia World Cup Para Powerlifting Di Korea Selatan
Bonnie Menang Lagi! Kali Ini Juara Asia Ocenia World Cup Para Powerlifting Di Korea Selatan. Sumber: FB Majlis Sukan Negara

Aksi cemerlang, tidak pernah mengecewakan daripada ‘badang’ Sarawak

Bonnie Bunyau Gustin, raja angkat berat para ini telah berjaya melakukan angkatan terbaik seberat 213 kg bagi mengenepikan cabaran atlet di kedudukan pingat perak iaitu Peng Hu dari China (200 kg) dan atlet pingat gangsa dari Uzbekistan, Bekzod Jamilov (180kg).

Sumber: FB Majlis Sukan Negara

Angkatan Bonnie jauh meninggalkan pesaing

Secara keseluruhannya, setelah selesai acara berkenaan, Bonnie tetap mengungguli kategori tersebut dengan rekod tertinggi angkatan keseluruhan seberat 625 kg, jauh meninggalkan pesaing di kedudukan kedua, Peng Hu dari China dengan angkatan sebanyak 583 kg dan pesaing di kedudukan ketiga, Yashinbek Oltiev dengan angkatan 520 kg.

Bonnie (tengah) bersama Peng Hu (kiri) dan Yashinbek (kanan). Sumber: FB Majlis Sukan Negara

Bonnie muncul juara daripada 10 atlet angkat berat para yang bertanding di temasya berkenaan yang mewakili negara seperti China, Uzbekistan, Jepun, Kazakhstan, Arab Saudi, Thailand dan Korea Selatan.

Syabas dan tahniah diucapkan buat anak jati Serian ini! Teruskan melakar sejarah, Bonnie!

Sumber: FB Majlis Sukan Negara

Tahukah anda bahawa Bonnie Bunyau Gustin ini dinobatkan sebagai salah seorang daripada 10 atlet paralimpik terbaik di dunia? Ketahui lebih lanjut di sini:

SUMBER :FB Majlis Sukan Negara
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kreatif Reka Perbualan Amber Heard Dan Johny Depp Untuk Jual Kek Lapis Sarawak, Netizen Terhibur!
Next Article Jangan Buang Wang Kertas Rosak Anda! Rupanya Boleh Tukar Di Cawangan Mana-Mana Cawangan Bank Di Malaysia Jangan Buang Wang Kertas Rosak Anda! Rupanya Boleh Tukar Di Mana-Mana Cawangan Bank Di Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?