• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Aktiviti Menarik

Jangan Sambut Tahun Baru Di Waterfront Kuching Sebelum Anda Baca 5 Panduan Ini

Oleh
Ismail NA
31 Disember 2019
Kongsi
6 Min Bacaan
Ini 4 Port Cun Untuk Anda Menonton Pertunjukan Bunga Api di Kuching

Aikk? Sambut Tahun Baru Pun Perlu Ada Manual Guide?

Jangan Sambut Tahun Baru Di Waterfront Kuching Sebelum Anda Baca 5 Panduan Ini. Seperti yang kita semua sedia maklum, sambutan tahun baru yang diadakan di Waterfront, Kuching merupakan sambutan tahun baru yang paling meriah di Sarawak. Pelbagai acara diadakan di sana bagi menyambut ketibaan tahun baru a.k.a dekad baru iaitu era 2020-an. Malah, sambutan ini sudah pun berlangsung sejak 29 Disember yang lepas.

Senarai acara yang diadakan sempena tahun baru 2020 boleh dibaca di sini : 12 Aktiviti Gilang Gemilang Sempena Fiesta Countdown 2020 Sarawak

Namun demikian, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian sekiranya anda ingin ke Waterfront bagi menyambut kedatangan tahun baru ini.

1. Rancang Perjalanan Dan Tempat Letak Kereta

Kalau ada event ‘rami’ sahaja di Waterfront, kami yakin anda tahu tentang keadaan trafik pada waktu itu. Ya, tepat sekali. Jalan akan menjadi SANGAT SESAK memandangkan beberapa jalan utama ditutup. Jadi, kami nasihatkan anda untuk merancang perjalanan seawal yang mungkin (jika anda dari tempat yang jauh) dan meletakkan kenderaan anda di jalan-jalan yang kami cadangkan di bawah.

1. Sekitar Jalan Haji Taha sehingga ke kawasan Padang Pasir
2. Tempat letak kereta Plaza Merdeka
3. Tempat letak kereta The Hills
4. Tempat letak kereta Riverside + Sebelah LHDN
5. Tempat letak kereta UTC (Topspot)
6. Tempat letak kereta Tun Jugah, Sarawak Plaza dan sekitar
7. Sekitar reservoir park & muzium lama Sarawak

Jangan Sambut Tahun Baru Di Waterfront Kuching Sebelum Anda Baca 5 Panduan Ini

Namun, jika anda kepenatan selepas menyambut tahun baru, kami sarankan agar anda tempah sahaja hotel dan letak kenderaan anda di parking hotel. Lebih senang dan selamat.

Baca ini juga : Ini 4 Port Cun Untuk Anda Menonton Pertunjukan Bunga Api di Kuching

2. Jangan Ceridak. Jaga Kebersihan Kawasan Sekeliling.

Jangan Sambut Tahun Baru Di Waterfront Kuching Sebelum Anda Baca 5 Panduan Ini
Jangan Sambut Tahun Baru Di Waterfront Kuching Sebelum Anda Baca 5 Panduan Ini

Biasanya orang kita akan ada pemikiran ‘sikhal, kelak ada pekerja mersi nyapu tempat tok bah,’. Cuba anda bayangkan jika satu juta pengunjung mempunyai mindset yang sama, sudah tentu Waterfront akan ditinggalkan dalam keadaan yang kotor dan mencemarkan pemandangan. Pekerja kebersihan pun manusia juga, sik terkaber air sidak nak nolong mersi nya.

Jangan Sambut Tahun Baru Di Waterfront Kuching Sebelum Anda Baca 5 Panduan Ini
Keadaan Waterfront Kuching yang pernah viral akibat sisa sampah selepas pelancaran Musical Fountain pada September 2018.

Tak salah sekiranya anda bersama-sama menjaga kebersihan dengan membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. Tak pun, peganglah sampah tersebut sehingga anda menjumpai tempat pembuangan yang sesuai.

Jangan pula tong sampah yang dah ‘termuntah’ pun masih dipadat dengan sampah sarap baru. Dah nak masuk tahun 2020 tapi mentaliti masih zaman batu. Acaner tu?

Common sense, okay?

3. Elakkan Berbuat Bising Dengan Blow-Blow Motorsikal/Kereta. Sikda Orang Nak Muji.

Gambar hiasan. Kredit : etuza

Ini merupakan perkara yang sangat penting. Pencemaran bunyi seperti blow kereta dan motorsikal sangat mengganggu pendengaran dan emosi pengunjung. Terutamanya apabila acara sedang berlangsung. Apatah lagi kawasan tersebut dipenuhi dengan pengunjung daripada usia kanak-kanak sehingga lah warga emas.

Tahukah anda bahawa perbuatan tersebut sangat annoying. Ditambah pula dengan kesesakan lalu lintas. Boleh naik gila dibuatnya. Kami tidak kisah jika deruan motorsikal dan kereta itu dilakukan di tempat yang sunyi dan untuk kepuasan telinga anda sendiri. Namun, kami harap agar setidaknya anda memikirkan perasaan orang lain terutamanya anak-anak kecil dan orang tua yang ingin segera pulang ke rumah untuk berehat selepas menikmati ambang tahun baru.

Anda hormat orang, orang akan menghormati anda. Semudah itu.

4. Berhati-Hati Membawa Anak-Anak. Jangan Layap!

Gambar hiasan. Kredit : Azlan Rumadi

Sering kali kita mendengar kes kehilangan anak sewaktu acara sambutan besar-besaran seperti ini. Ada kalanya terleka sedikit pun, anak sudah tiada di depan mata. Lalu kamboh lah satu Waterfront mencari anak nya hilang.

Oleh itu, kami ingin memesan kepada ibu bapa agar sentiasa menjaga anak-anak anda sewaktu berada di kawasan keramaian seperti ini. Sebagai langkah keselamatan, sentiasa pegang atau dukung anak anda. Tak pun anda boleh memasang alat pengesan pada anak-anak anda. Jika ada baby stroller, lagi bagus.

5. Enjoy The Night Jangan Sampai Buat Onar

Jangan Sambut Tahun Baru Di Waterfront Kuching Sebelum Anda Baca 5 Panduan Ini
Kredit : skyscrapercity.com

Bagi mereka yang ingin menyambut tahun baru in their own way, dipersilakan. Namun, elakkan meminum minuman yang memabukkan di Waterfront kerana ia merupakan kawasan awam. Sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini, ia boleh mengganggu ketenteraman awam dan mengganggu kelancaran majlis. Sebaiknya, jika anda mahu ngirup dengan berhemah, anda boleh check in ke hotel atau lepak di bar-bar sekitar Bandaraya Kuching.

Dah habis baca 5 perkara ini? Kini, anda boleh bergembira pada malam tahun baru kali ini bersama rakan dan keluarga anda di Waterfront, Kuching.

Jangan lupa like dan share pesanan ini kepada semua. Selamat Menyambut Tahun Baru!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lepas Menang Di Kazahkstan, Video Travel Sarawak ‘Why Limit Yourself’ Dapat Anugerah Lagi
Next Article Tak Perlu Transit KL, Sarawak Bakal Mempunyai Penerbangan Terus Ke Tanah Suci Tak Perlu Transit KL, Sarawak Bakal Mempunyai Penerbangan Terus Ke Tanah Suci

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?