fbpx
Tempat Menarik

Ini 4 Port Cun Untuk Anda Menonton Pertunjukan Bunga Api di Kuching

Sik Perlu Pening Palak, Pilih Jak Port Nak Kitak Orang Suka!

Ini 4 Port Cun Untuk Anda Menonton Pertunjukan Bunga Api di Kuching. Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum melangkah ke tahun baharu a.k.a dekad baru. Bagi sesetengah orang, menyaksikan pertunjukan bunga api menjelang tahun baru adalah suatu kelaziman. Semasa perayaan tahun baru cina pun ada. Apatah lagi ditemani keluarga, rakan-rakan mahu pun orang yang tersayang. Memori terciptalah katakan.

Tapi, tak syok lah kalau asyik tengok kat Waterfront setiap tahun kan? Jangan risau, kami ada cadangan port cun yang lain untuk anda.

1. Hotel Riverside Majestic (Astana Wing)

Ini 4 Port Cun Untuk Anda Menonton Pertunjukan Bunga Api di Kuching

Astana Wing merupakan blok tambahan hotel Riverside Majestic yang baru dibuka pada tahun ini. Keistimewaan utama blok ini ialah ianya betul-betul menghadap Sungai Sarawak a.k.a Waterfront. Kebanyakan biliknya pula menghadap ke arah sungai. Jadi, anda tidak perlu bersesak-sesak ke Waterfront kerana anda boleh menonton nya dari dalam bilik anda sambil menghirup segelas Cola dan mengunyah kacang tanah. Kedengaran sungguh indah bukan?

2. BDC Flyover Interchange

Ini 4 Port Cun Untuk Anda Menonton Pertunjukan Bunga Api di Kuching

Flyover BDC ini kebiasaannya menjadi tumpuan para pencinta kedamaian yang tidak mahu bersesak di Waterfront untuk melihat bunga api. Di sini, anda hanya perlu ‘parking tepi’ dan menikmati letusan warna di angkasa untuk beberapa minit pertama tahun baru mahupun tahun baru cina. Kebiasaannya, bunga api yang dapat dilihat dari sini adalah daripada masyarakat tempatan dan juga pertunjukan bunga api sebenar.

Sekiranya anda ke sini, kami nasihatkan agar anda meletakkan kenderaan anda pada posisi yang paling bijak dan selamat kerana flyover ini tetap menjadi laluan kenderaan. Bak kata orang putih, park and enjoy at your own risk.

3. Jambatan Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman @ Jambatan Satok

Ini 4 Port Cun Untuk Anda Menonton Pertunjukan Bunga Api di Kuching

Jambatan Datuk Patinggi Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan Jambatan Satok juga merupakan port yang popular untuk menonton pertunjukan bunga api.

Sayang sekali Jambatan Gantung Satok yang dibina semula belum dibuka untuk orang awam. Kalau dah buka, bolehlah anda bersiar-siar di atas jambatan tersebut sebelum pertunjukan bunga api bermula.

4. Jambatan Tun Salahuddin (Jambatan Tol)

Jambatan Tun Salahuddin atau nama popularnya, Jambatan Tol merupakan sebuah jambatan yang menghubungkan kawasan Pending (Kuching Selatan) dengan bahagian Petrajaya (Kuching Utara). Untuk menonton bunga api di sini, kami sarankan agar anda meletakkan kenderaan dalam jarak selamat dan seeloknya berjalan kaki ke puncak jambatan untuk mendapatkan pemandangan yang terbaik.

Bagi anda yang pertama kali datang ke Kuching, dahulunya anda perlu membayar tol jika hendak ke Petrajaya melalui jambatan ini. Namun disebabkan bayaran tol dimansuhkan sejak Januari 2016 (terima kasih kepada arwah Tok Nan), perjalanan trafik di sini saban hari sentiasa sibuk.

Anda ada cadangan tempat lain yang best untuk menonton bunga api? Kongsikan cadangan anda di ruangan komen. Like dan share sekali ya!

Selamat Menyambut Tahun Baharu!

Artikel Berkaitan

Back to top button