• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Janji Takkan Pakai Chatbot, MYAirline Bakal Jual Tiket Dan Terbang Disember Ini

Oleh
Ismail NA
23 November 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Ramai yang mengekori rapat perkembangan penerbangan tambang murah terbaru ini.

Janji Takkan Pakai Chatbot, MYAirline Bakal Jual Tiket Dan Terbang Disember Ini. Penerbangan tambang murah yang bakal menjadi pencabar terbaharu AirAsia iaitu MYAirlines dikhabarkan akan memulakan operasi penerbangan pada Disember ini!

Isi Isi Penting
  • Tiket akan dijual dalam masa beberapa minggu akan datang
  • Pulau Pinang bakal jadi destinasi penerbangan pertama MYAirlines
  • Janji takkan pakai ‘chatbot’, guna pegawai khidmat pelanggan sebenar untuk membantu pelanggan
  • Warna merah tak menjadi satu masalah – CEO

Perkara ini disahkan sendiri oleh CEO MYAirlines, Rayner Teo kepada akhbar tempatan, New Straits Time. Syarikat penerbangan berkenaan sudah pun mendapat ‘lampu hijau’ iaitu lesen servis udara (ASL) daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) pada 15 November yang lalu.

Janji Takkan Pakai Chatbot, MYAirline Bakal Jual Tiket Dan Terbang Disember Ini
Janji Takkan Pakai Chatbot, MYAirline Bakal Jual Tiket Dan Terbang Disember Ini. Kredit: Bruce Leibowitz via JETPHOTOS

Tiket akan dijual dalam masa beberapa minggu akan datang

Menurut Rayner, penjualan tiket akan dimulakan dalam masa beberapa minggu dari sekarang memandangkan syarikat penerbangan berkenaan menyasarkan untuk memeriahkan lagi ruang udara di Malaysia sebelum hujung tahun ini berakhir.

Langkah terakhir yang kini dinantikan oleh MYAirlines adalah mendapatkan kelulusan hak trafik udara domestik. Ujar Rayner, sebaik sahaja permohonan hak trafik udara tersebut diluluskan, MYAirlines akan terus beroperasi membawa penumpang di Malaysia.

Pulau Pinang bakal jadi destinasi penerbangan pertama MYAirlines

Sebagai permulaan, penerbangan MYAirlines akan beroperasi di Semenanjung Malaysia terlebih dahulu. Besar kemungkinan, lokasi pertama adalah penerbangan Kuala Lumpur – Pulau Pinang menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Janji Takkan Pakai Chatbot, MYAirline Bakal Jual Tiket Dan Terbang Disember Ini
Kredit: MYAirlines

Pesawat ini mampu beroperasi selama 13 jam, sekaligus dapat menampung kekerapan penerbangan domestik yang tinggi.

Janji takkan pakai ‘chatbot’, guna pegawai khidmat pelanggan sebenar untuk membantu pelanggan

Ciri paling unik yang ditawarkan oleh MYAirlines juga adalah servis khidmat pelanggan mereka tidak akan menggunakan sistem automatik ‘chatbot’, sebaliknya akan dikendalikan terus oleh pegawai khidmat pelanggan. Syarikat ini juga telah mengenal pasti jurang-jurang dalam perkhidmatan penerbangan udara sejak pandemik COVID-19 dan servis khidmat pelanggan yang ditawarkan oleh syarikat pesaing begitu sukar untuk dihubungi.

MYairlines juga dikatakan bakal memastikan penerbangannya tiba dan berlepas tepat pada waktunya.

Pesawat MYAirlines menggunakan pesawat jenis Airbus A320, dan dicat menggunakan warna merah, seiring dengan logonya.

Memandangkan kami adalah syarikat penerbangan tambang murah (LCC), kami kekal dengan prinsip LCC iaitu menggunakan hanya satu jenis pesawat dan pesawat tersebut mestilah memiliki bentuk badan yang sempit, berlorong tunggal (narrow-body aircraft) seperti A320.

Rayner Teo, CEO MYAirlines

Warna merah tak menjadi satu masalah – CEO

Mengulas mengenai pemilihan warna merah sebagai warna rasmi syarikat yang seakan-akan sama dengan warna syarikat penerbangan pesaing terdekatnya, Rayner menjelaskan bahawa mereka sudah pun meneliti pemilihan warna dan merah adalah warna yang paling tepat dan menarik.

Janji Takkan Pakai Chatbot, MYAirline Bakal Jual Tiket Dan Terbang Disember Ini
Kredit: MYAirlines

Warna-warna lain dikatakan kurang menyerlah dan tidak timbul isu pemilihan warna yang sama dengan pesaing kerana penggunaan warna ini tidak semestinya terhad kepada satu entiti sahaja.

Sehingga kini, MYAirlines memiliki 330 jumlah staf dan menyasarkan untuk mengoperasikan sehingga 50 buah pesawat menjelang 5 tahun akan datang.

Untuk menjadi orang pertama yang mengetahui jualan tiket penerbangan MYAirlines, anda boleh mendaftar di laman sesawang https://www.myairline.my/.

SUMBER :News Strait Time
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Imej Kuching Dijana AI, Rupa-Rupanya Penghasilnya Ialah Seorang Artis Kaligrafi Artis Kaligrafi Ini Cuba Jana Imej Bandaraya Kuching Guna AI, Tak Sangka Hasilnya Menakjubkan
Next Article Kenali Ikan Semah, Ikan Rasmi Sarawak Dan Ikan Alternatif Kepada Ikan Empurau

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?