• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Artis Kaligrafi Ini Cuba Jana Imej Bandaraya Kuching Guna AI, Tak Sangka Hasilnya Menakjubkan

Oleh
ILB - AI
22 November 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Tular Imej Kuching Dijana AI, Rupa-Rupanya Penghasilnya Ialah Seorang Artis Kaligrafi

Oleh kerana mencari inspirasi, imej dijana AI buatan artis kaligrafi ini tular di Facebook

Artis Kaligrafi Ini Cuba Jana Imej Bandaraya Kuching Guna AI, Tak Sangka Hasilnya Menakjubkan. Dalam kalangan komuniti artis, seni AI dianggap sebagai grey area kerana ia memerlukan mesin untuk menganalisis beribu-ribu imej yang diperoleh daripada internet. Sesetengah artis ok dengan penggunaan AI, namun boleh difahami, sesetengah artis menentang penggunaan teknologi AI dalam mencipta seni.

Namun, bagi artis kaligrafi ini pula, apa yang menjadi alat mencari inspirasi seninya menjadi viral di Facebook apabila imej Kuching yang dijananya menerusi AI mendapat perhatian netizen.

Artis Kaligrafi Ini Cuba Jana Imej Bandaraya Kuching Guna AI, Tak Sangka Hasilnya Menakjubkan
Artis Kaligrafi Ini Cuba Jana Imej Bandaraya Kuching Guna AI, Tak Sangka Hasilnya Menakjubkan

Apakah AI?

Artificial Intelligence atau AI, merupakan simulasi proses kecerdasan manusia oleh mesin, terutamanya sistem komputer.

Imej yang dijana oleh AI ialah imej yang dijana komputer yang memperoleh imej di seluruh internet untuk mencipta sesuatu yang unik. Dengan menggunakan gabungan perkataan (prompt) dengan terminologi yang berbeza, ia akan mencerminkan keputusan akhir.

Artis Kaligrafi Ini Cuba Jana Imej Bandaraya Kuching Guna AI, Tak Sangka Hasilnya Menakjubkan
Contoh hasil seni dijana AI. Kredit: The New York Times

Penggunaan AI dalam seni telah menerima reaksi bercampur-campur dalam kalangan artis, kerana mereka berpendapat bahawa seni mereka boleh dimasukkan secara berkadar, tanpa persetujuan mereka, dalam mana-mana imej AI.

This is no hommage.

This is spitting in the face of Kim Jung Gi as a person + as an artist.

This is disrespecting a fundamental aspect of his art.

His creations stuck with us bc of how they bloomed before our eyes; using it to generate AI art is anthetical to his very process. https://t.co/0rbF3xsse7

— tsu (they/them) 🌈 VTUBER SLOTS📌’d (@tsurudraws) October 7, 2022

Walau bagaimanapun, sebilangan artis melihat seni AI sebagai cara untuk mencari inspirasi untuk mencipta karya mereka sendiri dan melihat seni AI sebagai peluang dan bukannya ancaman kepada artis tradisional.

Dari segi penggunaan umum pula, ia adalah satu cara untuk bereksperimen dengan seni sebagai pampasan kerana kekurangan kemahiran yang diperlukan untuk menciptanya secara tradisional.

Universe in a marble #AIArt pic.twitter.com/tDtbVbivO5

— Lee Does AI (@putitintheAI) November 20, 2022

meet the explorer.#nfts #aiart pic.twitter.com/c4PO9HPe2E

— neonnvm (@neonnvm) November 17, 2022

Lokasi ikonik Kuching digambarkan seperti dalam anime

Baru-baru ini, seorang artis dari Kuching berkongsi beberapa keping gambar yang dijana oleh AI menerusi Facebook. Dhiya Roslan, atau lebih dikenali dengan nama artisnya Letterhythm, telah menghasilkan beberapa imej Kuching hanya menggunakan AI dan hasilnya telah menerima tumpuan orang ramai.

Apa yang membuat imej terbabit menarik adalah imej yang dikongsikan beliau memaparkan pelbagai lokasi ikonik di Kuching – digambarkan dalam gaya fantasi, seperti anime!

Artis Kaligrafi Ini Cuba Jana Imej Bandaraya Kuching Guna AI, Tak Sangka Hasilnya Menakjubkan
Artis Kaligrafi Ini Cuba Jana Imej Bandaraya Kuching Guna AI, Tak Sangka Hasilnya Menakjubkan
Artis Kaligrafi Ini Cuba Jana Imej Bandaraya Kuching Guna AI, Tak Sangka Hasilnya Menakjubkan
Artis Kaligrafi Ini Cuba Jana Imej Bandaraya Kuching Guna AI, Tak Sangka Hasilnya Menakjubkan
Artis Kaligrafi Ini Cuba Jana Imej Bandaraya Kuching Guna AI, Tak Sangka Hasilnya Menakjubkan
Artis Kaligrafi Ini Cuba Jana Imej Bandaraya Kuching Guna AI, Tak Sangka Hasilnya Menakjubkan
Artis Kaligrafi Ini Cuba Jana Imej Bandaraya Kuching Guna AI, Tak Sangka Hasilnya Menakjubkan
Kredit: FB Dhiya Roslan

Penggunaan AI untuk mencari inspirasi bagi menghasilkan karya sendiri

Ketika dihubungi, Letterhythm berkata bahawa beliau kadangkala menggunakan AI untuk menjana seni sebagai cara mencari inspirasi untuk menghasilkan seninya sendiri.

Mengenai gambar yang dimuat naiknya di Facebook, beliau tidak menyangka bahawa gambar itu akan menjadi tular memandangkan beliau asalnya berniat sekadar untuk menunjukkan betapa menakjubkan seni yang boleh dijana menggunakan teknologi AI. Hanya dengan beberapa kata kunci atau prompt, imej seindah itu akan terjana dengan sendirinya dalam masa yang sangat singkat!

Artis Kaligrafi Ini Cuba Jana Imej Bandaraya Kuching Guna AI, Tak Sangka Hasilnya Menakjubkan
Letterhythm dengan karya seninya sendiri. Kredit: Dhiya Roslan

Seorang artis kaligrafi, Letterhythm terkenal dengan seni kaligrafinya dan seni aslinya sendiri telah menarik perhatian peminat dalam talian, dengan sekitar 20.8k pengikut digabungkan dalam media sosialnya.

Semenjak imej AI terbabit tular, ramai telah bertanya kepada Letterhythm untuk menghasilkan lebih banyak karya seni yang serupa, namun Letterhythm lebih selesa dengan bakat khusus yang dimilikinya iaitu seni kaligrafi – yang mana karya seni aslinya juga sama menarik!

Artis Kaligrafi Ini Cuba Jana Imej Bandaraya Kuching Guna AI, Tak Sangka Hasilnya Menakjubkan
Kredit: Dhiya Roslan

Letterhythm menghasilkan seninya pada sampan di Kuching sempena Citrawarna 2022. Kredit: Dhiya Roslan

Sekiranya anda ingin melihat lebih lagi karya seni asli Letterhythm, anda boleh mengikutinya menerusi Facebook, Instagram dan Twitter untuk melihat seninya. Berikut adalah pautan ke media sosial Letterhythm:

  • INSTAGRAM
  • FACEBOOK
  • TWITTER
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Indonesia Dilanda Gempa Bumi Bermagnitud 5.6, Lebih 162 Nyawa Telah Terkorban
Next Article Janji Takkan Pakai Chatbot, MYAirline Bakal Jual Tiket Dan Terbang Disember Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?