• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Janji Temu Vaksin Perlu Disahkan Dalam Masa 48 Jam Jika Tidak Mahu Ia Dijadualkan Semula

Oleh
ILB - AI
9 April 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Janji Temu Vaksin Perlu Disahkan Dalam Masa 48 Jam Jika Tidak Mahu Ia Dijadualkan Semula

Janji temu akan dibatalkan jika tidak disahkan oleh penerima vaksin

Janji Temu Vaksin Perlu Disahkan Dalam Masa 48 Jam Jika Tidak Mahu Ia Dijadualkan Semula. Dilaporkan penerima vaksin perlu mengesahkan kehadiran mereka dalam masa 48 jam jika tidak mahu merisikokan pembatalan.

Isi Isi Penting
  • Janji temu akan dibatalkan jika tidak disahkan oleh penerima vaksin
  • Kegagalan mengesahkan kehadiran akan menyebabkan temu janji anda dijadualkan semula
  • Penerima akan menerima notifikasi melalui dua kaedah
  • Balas SMS untuk mengesahkan kehadiran

Mereka dikehendaki untuk melakukan pengesahan setelah menerima butiran dan tarikh untuk divaksin.

Janji Temu Vaksin Perlu Disahkan Dalam Masa 48 Jam Jika Tidak Mahu Ia Dijadualkan Semula

Kegagalan mengesahkan kehadiran akan menyebabkan temu janji anda dijadualkan semula

Menurut laporan, kegagalan untuk memberikan pengesahan akan menyebabkan janji temu tersebut dibatalkan dan dijadualkan semula. Manakala slot janji temu asal anda akan diberikan kepada orang lain.

Perkara ini dibuat agar pengedaran vaksin dapat dilaksanakan dengan lancar.

Gambar sekadar hiasan.

Penerima akan menerima notifikasi melalui dua kaedah

Proses notifikasi untuk penerima vaksin untuk fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Hanya mereka yang telah mendaftarkan diri serta tanggungan yang didaftar akan menerima notifikasi ini. Baca sini untuk mengetahui bagaimana mendaftarkan diri anda serta tanggungan anda.

Gambar sekadar hiasan.

Pengguna MySejahtera akan menerima notifikasi untuk menyemak butiran janji temu dan akan menerima SMS untuk menyemak butiran janji temu di MySejahtera.

Kemudian, pengguna MySejahtera dikehendaki untuk mengesahkan kehadiran temu janji vaksinasi dalam tempoh 48 jam menerusi aplikasi berkenaan.

Peringatan akan dihantar sekiranya jawapan masih belum diberi setelah tamat tempoh 48 jam.

Balas SMS untuk mengesahkan kehadiran

Bagi mereka yang tidak mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera, penerima akan menerima butiran temu janji melalui SMS dan akan dimaklumkan mengenai saluran untuk membuat semakan tarikh janji temu seperti laman web dan sebagainya.

Penerima boleh mengesahkan kehadiran mereka dengan membalas ‘Ya’ atau ‘Tidak’.

Gambar sekadar hiasan.

Sekiranya anda belum menerima sebarang notifikasi melalui SMS atau MySejahtera, giliran anda masih belum tiba.

Fasa kedua program vaksinasi akan bermula pada 19 April 2021 dan akan menyasarkan golongan berisiko iaitu warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), serta individu yang mempunyai sejarah penyakit (komorbiditi).

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hutan Kokol Hobbiton Tawarkan Pengalaman Ala-Ala Di England
Next Article Setinggi RM130 Seorang, Netizen Kongsi Kos Upah ‘Cekik Darah’ Untuk Bantu Isi enterSarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?