• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Setinggi RM130 Seorang, Netizen Kongsi Kos Upah ‘Cekik Darah’ Untuk Bantu Isi enterSarawak

Oleh
Ismail NA
12 April 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Perkara itu dikongsi oleh netizen di media sosial

Setinggi RM130 Seorang, Netizen Kongsi Kos Upah ‘Cekik Darah’ Untuk Bantu Isi enterSarawak. Umum kita mengetahui bahawa untuk memasuki Sarawak, seseorang itu wajib mengisi permohonan melalui sistem EnterSarawak.

Isi Isi Penting
  • Perkara itu dikongsi oleh netizen di media sosial
  • Servis beri panduan, isi dan luluskan permohonan enterSarawak cecah RM 130 seorang
  • Harga cekik darah, tidak munasabah berbanding servis yang ditawarkan
  • Lebih baik cuba isi sendiri terlebih dahulu
  • Bagi anda yang belum jelas, anda boleh baca artikel mengenai panduan mengisi enterSarawak yang pernah kami terbitkan sebelum ini :

Sistem EnterSarawak ini mula diperkenalkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dikenakan terhadap seluruh Malaysia tahun lepas. Individu yang tidak mengisi permohonan untuk memasuki Sarawak melalui sistem ini tidak akan dibenarkan untuk masuk ke Sarawak.

Walaupun banyak panduan yang telah dikongsi melalui pelbagai platform, masih ada lagi mereka yang kurang jelas tentang cara pengisian borang secara dalam talian.

Servis beri panduan, isi dan luluskan permohonan enterSarawak cecah RM 130 seorang

Kini tular pula di laman Facebook satu perkongsian mengenai seorang individu yang menawarkan servis hanya untuk berkongsi cara dan membantu untuk mengisi borang kemasukan ke Sarawak.

Setinggi RM130 Seorang, Netizen Kongsi Kos Upah 'Cekik Darah' Untuk Bantu Isi enterSarawak
Setinggi RM130 Seorang, Netizen Kongsi Kos Upah ‘Cekik Darah’ Untuk Bantu Isi enterSarawak
Sumber : Facebook

Menerusi satu tangkap layar yang daripada seorang netizen di Facebook, individu ini dikatakan menawarkan khidmat memberi panduan, mengisi dan meluluskan permohonan EnterSarawak. Difahamkan, individu ini menawarkan harga RM 45 untuk panduan sahaja tanpa servis mengisi maklumat. Untuk servis mengisi serta meluluskan permohonan, klien akan dikenakan cas sebanyak RM 130 seorang.

Sekiranya dilakukan secara berkumpulan, cas yang dikenakan adalah sebanyak RM 100. Namun, bagi sesetengah individu, jumlah ini bukanlah jumlah kecil.

Harga cekik darah, tidak munasabah berbanding servis yang ditawarkan

Atas tujuan muhasabah dan iktibar untuk semua, tangkap layar perbualan beliau dengan individu tersebut dimuatkan dalam satu hantaran agar orang ramai lebih berhati-hati dengan servis sebegini. Bagi individu yang mencari mata pencarian melalui servis bantuan ini, harga yang ditawarkan oleh individu tersebut adalah sangat tidak munasabah.

Setinggi RM130 Seorang, Netizen Kongsi Kos Upah 'Cekik Darah' Untuk Bantu Isi enterSarawak
Sumber : Facebook

Walaupun mengisi borang permohonan tersebut tidak mudah, namun servis ini sebenarnya boleh dilakukan dengan harga yang lebih murah. Individu yang ingin pulang ke Sarawak juga pastinya mempunyai alasan dan urusan penting. Mereka juga tentunya telah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk urusan pulang ke Sarawak dan servis untuk membantu ini seharusnya dilakukan dengan harga yang tidak ‘cekik darah’.

Lebih baik cuba isi sendiri terlebih dahulu

Netizen ini juga menasihati orang ramai agar mencuba sendiri terlebih dahulu borang permohonan tersebut. Jika anda tidak yakin, anda boleh mencari informasi dan panduan di platform ataupun bertanya kepada individu yang berpengalaman. Pasti ada yang ikhlas untuk memberi tunjuk ajar tanpa perlu mengenakan cas yang tinggi.

Apa pendapat anda tentang perkara ini? Adakah wajar servis cas mengisi enterSarawak ini dikenakan cas sehingga melebihi RM 100 atau sebaliknya? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen. Kami doakan anda yang ingin pulang ke Sarawak dimudahkan urusan dan bijak memilih khidmat bantuan sekiranya benar-benar memerlukan.

Bagi anda yang belum jelas, anda boleh baca artikel mengenai panduan mengisi enterSarawak yang pernah kami terbitkan sebelum ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Janji Temu Vaksin Perlu Disahkan Dalam Masa 48 Jam Jika Tidak Mahu Ia Dijadualkan Semula Janji Temu Vaksin Perlu Disahkan Dalam Masa 48 Jam Jika Tidak Mahu Ia Dijadualkan Semula
Next Article Lelaki Ini Jelaskan 12 Sebab Mengapa Kes Sarawak Kini Tertinggi Di Malaysia Lelaki Ini Jelaskan 12 Sebab Mengapa Kes Sarawak Kini Tertinggi Di Malaysia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?