• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jejaka Malaysia Masak Laksa Sarawak Di Korea Sampai Rakan Oppa Menitis Air Mata

Oleh
Aina Musa
28 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Tiktoker Kongsi Video Hidang Laksa Sarawak Dengan Rakan Dari Korea Raih Perhatian Netizen

Laksa Sarawak sekali lagi mendonia

Jejaka Malaysia Masak Laksa Sarawak Di Korea Sampai Rakan Oppa Menitis Air Mata. Pemilik akaun TikTok terkenal, Fikri Akram, yang bekerja dan menetap di Korea, sekali lagi mencuri tumpuan netizen dengan video masakan terbarunya. Sebagai seorang pempengaruh yang popular di platform tersebut, Fikri sering berkongsi video memasak sebagai kandungan utamanya.

Dengan lebih daripada 800 ribu tontonan pada video terbarunya setakat ini, beliau terus mengukuhkan namanya dalam kalangan pencinta masakan.

Jejaka Malaysia Masak Laksa Sarawak Di Korea Sampai Rakan Oppa Menitis Air Mata
Jejaka Malaysia Masak Laksa Sarawak Di Korea Sampai Rakan Oppa Menitis Air Mata. Sumber: Tiktok

Untuk kandungan kali ini, beliau memilih untuk memasak laksa Sarawak dari awal hingga siap, berkongsi langkah demi langkah penyediaan hidangan istimewa tersebut. Melalui video tersebut, beliau menunjukkan cara penyediaan kuah laksa yang kaya dengan rempah-ratus, serta cara menyediakan mi, tauge, udang, dan ayam sebagai pelengkap hidangan.

Bahan-bahan yang digunakan beliau untuk memasak laksa Sarawak juga lengkap walaupun beliau menetap jauh di Korea.

Apa yang lebih menarik, hidangan laksa Sarawak itu akan dijamukan kepada rakan sekerjanya di Korea, Mr Choi. Beliau yang belum pernah mencuba hidangan ini kelihatan begitu teruja untuk mencuba laksa Sarawak.

Reaksi positif beliau, termasuklah menambah hidangan berkali-kali dan menghirup mangkuk laksa hingga habis menarik perhatian netizen.

Selain laksa Sarawak, beliau juga menghidangkan kek lapis Sarawak kepada rakannya itu. Kek lapis, yang terkenal dengan pelbagai lapisan warna dan rasa, turut mendapat penerimaan yang baik daripada Mr. Choi.

Dalam kapsyen video tersebut, beliau menyatakan keseronokannya kerana orang luar menghargai makanan Malaysia.

Reaksi netizen terhadap video tersebut juga sangat positif, dengan ramai yang memuji usaha beliau dalam mempromosikan masakan Malaysia.

Antara komen netizen, ada yang terkejut rakannya itu mampu menghabiskan hidangan tersebut yang dikatakan boleh dinikmati untuk 3 ke 4 orang. Siap “balun” 4 mangkuk laksa Sarawak tau. Daebaklah Mr Ma Dong!

Ada juga yang berkongsi walaupun bukan warga Sarawak, mereka sangat menyukai menu laksa Sarawak yang kaya dengan rasa rempah dan mempunyai aromanya tersendiri.

Baca lagi artikel menarik:

Orang Ramai Kagum Dengar Pengunguman Di Airport Kota Kinabalu Guna Bahasa Korea
Pelakon Korea Lee Min Ki Mendaki Gunung Kinabalu Curi Perhatian Ramai

SUMBER :Tiktok Fikri Akram
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Panduan Perjalanan AirAsia, Tips Terbaik Untuk Perjalanan Selamat Dan Lancar Di Musim Perayaan Panduan Perjalanan AirAsia, Tips Terbaik Untuk Perjalanan Selamat Dan Lancar Di Musim Perayaan
Next Article Tular Di Media Sosial, Remaja Dari Sarawak Bergelar Bapa Ketika Berusia 16 Tahun

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?