Usia muda bukan penghalang, lelaki berusia 16 tahun tidak menyesali perkahwinannya bersama isteri yang berusia 18 tahun
Tular Di Media Sosial, Remaja Dari Sarawak Bergelar Bapa Ketika Berusia 16 Tahun, Baru-baru ini, satu hantaran tular di media sosial mengenai remaja berusia 16 tahun, Syahmi Nabil Danish Askar dan kekasihnya Dayangku Nazarina Awangku Saifuddin, 18 tahun, berkongsi pengalaman mereka berkahwin pada usia muda.
Menerusi perkongsian Dayangku di laman TikTok, mereka menunjukkan gambar bersama anak mereka.
Berkahwin pada tahun lalu, dan direstui oleh keluarga maisng-masing
Pada 10 Mei tahun lalu, Nabil dan Dayangku mendirikan rumah tangga dengan restu keluarga masing-masing. Nabil menjelaskan perkahwinan awal mereka adalah hasil daripada cinta yang terjalin di antara mereka dan keinginan untuk memberikan status sah hubungan mereka.
Menurut sumber, mereka bertemu disebabkan minat yang sama terhadap motosikal apabila berjumpa dua tahun lalu di sebuah acara bermotor, lalu mula menjalin hubungan percintaan mereka.
Berkahwin 15 tahun, wang daripada kerja sambilan untuk tampung kos perkahwinan
Walaupun Nabil hanya berusia 15 tahun ketika berkahwin, beliau bersungguh-sungguh untuk menjadi ketua keluarga. Wangnya daripada kerja sambilan sebagai ejen penarikan balik kenderaan dan di tempat cuci kereta digunakan untuk menampung kos perkahwinan.
Majlis perkahwinan itu diadakan di kediaman keluarga Dayangku di Kampung Seberang.
Di Malaysia, masih terdapat perdebatan mengenai perkahwinan kanak-kanak atau dalam usia yang muda, dengan negeri-negeri mempunyai pandangan yang berbeza tentang perkara ini.
