• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gigih Menabung RM 12K Sokong Atlet Negara Di Olimpik Paris, Semangat Jejaka Sabah Ini Buat Ramai Kagum

Oleh
Husna Hazmi
9 Ogos 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Ramai kagum dengan semangat jejaka dari Sabah ini

Gigih Menabung RM 12K Sokong Atlet Negara Di Olimpik Paris, Semangat Jejaka Sabah Ini Buat Ramai Kagum. Sebelum ini pernah tular dengan video tarian Sumazau dihadapan Eiffel Tower di TikTok, kesungguhan Yap Ken Vun berusia 36 tahun dari Sabah untuk ke acara Olimpik Paris 2024 ini telah berjaya menarik perhatian ramai.

Jejaka dari Sabah ini dilaporkan telah menabung selama beberapa tahun untuk menyokong atlet negara yang mengambil bahagian dalam temasya Olimpik Paris 2024.

Gigih Menabung RM 12K Sokong Atlet Negara Di Olimpik Paris, Semangat Jejaka Sabah Ini Buat Ramai Kagum
Gigih Menabung RM 12K Sokong Atlet Negara Di Olimpik Paris, Semangat Jejaka Sabah Ini Buat Ramai Kagum

Melakukan trip solo tanpa ditemani sesiapa

Melakukan trip solo tanpa ditemani sesiapa, Ken Vun yang merupakan eksekutif sumber manusia,seorang berlepas ke Paris pada 31 Julai lalu dan sanggup membelanjakan wang hasil daripada menabungnya sebanyak RM 12,000.

Dirinya telah merancang ke Sukan Olimpik ini sejak tiga tahun yang lalu ketika Jepun menjadi tuan rumah temasya sukan dunia empat tahun sekali itu.

Apabila dihubungi oleh Harian Metro, Ken Vun berkata bahawa dia sememangnya telah menabung dan telah menyediakan satu akaun bank yang memang khas untuk ke Sukan Olimpik.

Gigih Menabung RM 12K Sokong Atlet Negara Di Olimpik Paris, Semangat Jejaka Sabah Ini Buat Ramai Kagum
Sumber foto: Facebook Ken Vun 

Pengalaman luar biasa di Olimpik Paris

Jejaka dari Sabah ini juga telah meluahkan rasa terpesona dengan temasya Olimpik kali ini dan pengalamannya untuk berada di Paris adalah luar biasa dan sangat berharga kerana dapat bersama penyokong dari seluruh pelosok dunia yang berkumpul di sini.

Tambahnya lagi, lebih membanggakan apabila dapat melihat sendiri atlet negara seperti beregu, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik juga perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia daripada awal saingan hingga meraih pingat gangsa.

Dalam masa yang sama, Ken Vun turut berkata bahawa ia adalah impiannya untuk ke semua lokasi acara membabitkan atlet negara untuk beri sokongan kepada mereka tapi kekangan kos yang agak tinggi membataskan pergerakan di Paris ini.

Oleh itu, dirinya hanya dapat ke acara badminton dan olahraga saja untuk menyokong pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi bagi acara 100 meter.

Gigih Menabung RM 12K Sokong Atlet Negara Di Olimpik Paris, Semangat Jejaka Sabah Ini Buat Ramai Kagum
Sumber foto: Facebook Ken Vun 

Walaupun belum dapat lagi menyaksikan atlet negara meraih emas di depan mata, kemenangan dua pingat gangsa juga membuatkan Ken Vun berpuas hati, bangga dan berasa berbaloi datang sejauh ini.

Ken Vun yang berlepas pulang ke tanah air semalam berharap semua atlet negara yang bertanding meneruskan perjuangan dan sebuat sehabis baik dalam acara disertai.

Lagi berita mengenai olimpik di sini untuk anda:

Lee Zii Jia Berjaya Hadiahkan Pingat Gangsa Kedua Malaysia Di Sukan Olimpik Paris 2024
Anak Muda Sarawak Ini Jadi Atlet Malaysia Pertama Layak Ke Olimpik Paris 2024

SUMBER :Harian Metro
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Ini Terkejut Darah Bertukar Hijau Akibat Minum Alkohol Berlebihan Lelaki Ini Terkejut Darah Bertukar Hijau Akibat Minum Alkohol Berlebihan
Next Article Siap Ceroboh Dewan Bedah, Remaja 14 Tahun Menyamar Jadi Doktor Direman 2 Hari

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?