• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jeti Ke Sekolah Di Sabah Runtuh Tiba-tiba, Guru Dan Pelajar Basah Lencun Hingga Undang Sebak Netizen

Oleh
Aina Musa
30 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Jeti Ke Sekolah Di Sabah Runtuh Tiba-tiba, Guru Dan Pelajar Basah Lencun Hingga Undang Sebak Netizen

Guru dan murid basah lencun jatuh ke dalam sungai

Jeti Ke Sekolah Di Sabah Runtuh Tiba-tiba, Guru Dan Pelajar Basah Lencun Hingga Undang Sebak Netizen. Sejak pagi tadi, tular di media sosial beberapa rakaman menunjukkan jeti runtuh sehingga pelajar-pelajar sekolah yang berada di tempat kejadian jatuh ke dalam air.

Merujuk kepada perkongsian dari beberapa individu di laman Twitter, kejadian tersebut berlaku di Sk Pababag Semporna ketika murid sekolah dan guru sedang bersiap sedia menuju ke sekolah.

Jeti Ke Sekolah Di Sabah Runtuh Tiba-tiba, Guru Dan Pelajar Basah Lencun Hingga Undang Sebak Netizen
Jeti Ke Sekolah Di Sabah Runtuh Tiba-tiba, Guru Dan Pelajar Basah Lencun Hingga Undang Sebak Netizen. Kredit: Jonathan

Dianggarkan lebih 10 orang murid sekolah rendah diselamatkan guru selepas mereka terjatuh ke dalam laut disebabkan oleh jeti tiba-tiba runtuh.

Diselamatkan oleh orang awam

Orang sekitar termasuk guru-guru terpaksa terjun ke dalam air untuk menyelamatkan murid sekolah yang jatuh bersama beg serta barang-barang sekolah mereka.

Beberapa pengendali bot yang berada di kawasan tersebut juga turut bertungkus lumus memberikan bantuan bagi menyelamatkan semua mangsa yang terlibat.

Sudah pun dimaklumkan ke KPM

Menerusi perkongsian dari My Semporna, setakat ini pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sudahpun dimaklumkan tentang kejadian yang berlaku.

Menerusi posting yang dibuat salah seorang penjaga kepada murid yang terlibat, guru-guru dan pelajar yang tahu berenang telah membantu mangsa yang lain dan difahamkan semua dalam keadaan selamat.

Buat masa ini belum ada sebarang kenyataan lebih lanjut berhubung insiden tersebut dan diharapkan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Perkongsian tersebut mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen dengan rata-ratanya memuji guru-guru kerana bertindak pantas demi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Baca lagi artikel terkini di sini:

Pihak Pemaju Bagai Lepas Tangan, Penduduk Tuntut Keadilan Kualiti Rumah Di Darul Hana Sangat Parah
Telan Kos 30 Juta, MP Kuching ‘Bantah’ Idea Kerajaan Sarawak Mahu Bina Tiang Bendera Tertinggi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pihak HDC Bagai Lepas Tangan, Penduduk Tuntut Keadilan Kualiti Rumah Di Darul Hana Sangat Parah Pihak Pemaju Bagai Lepas Tangan, Penduduk Tuntut Keadilan Kualiti Rumah Di Darul Hana Sangat Parah
Next Article Kini Trending, Tahukah Anda Permainan Lato-Lato Ini Telah Diharamkan Di 3 Negara

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?