I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pihak Pemaju Bagai Lepas Tangan, Penduduk Tuntut Keadilan Kualiti Rumah Di Darul Hana Sangat Parah

Oleh Nazihah AN
30 Januari 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
Pihak HDC Bagai Lepas Tangan, Penduduk Tuntut Keadilan Kualiti Rumah Di Darul Hana Sangat Parah

Pihak pengurusan seperti melepas tangan tidak mahu bertanggungjawab atas kerosakan tersebut

Pihak Pemaju Bagai Lepas Tangan, Penduduk Tuntut Keadilan Kualiti Rumah Di Darul Hana Sangat Parah. Baru-baru ini, terdapat sebuah akaun di Facebook yang meluahkan kekecewaan terhadap kualiti perumahan di kawasan Darul Hana.

Dalam kongsian tersebut, individu ini turut sertakan beberapa gambar yang memaparkan keadaan perumahan Darul Hana yang dibiayai Kerajaan Sarawak dengan kos RM200 juta di Petra Jaya. Difahamkan bahawa perumahan tersebut merupakan tempat untuk memindahkan penduduk yang duduk di kawasan kampung Seberang Hilir.

Pihak Pemaju Bagai Lepas Tangan, Penduduk Tuntut Keadilan Kualiti Rumah Di Darul Hana Sangat Parah
Pihak Pemaju Bagai Lepas Tangan, Penduduk Tuntut Keadilan Kualiti Rumah Di Darul Hana Sangat Parah. Sumber: Facebook

Perumahan tersebut merupakan penempatan baharu untuk orang kampung di Seberang Hilir

Dalam kongsian tersebut, individu ini menyatakan bahawa penduduk perumahan tersebut sudah menunggu lama untuk pembaikan perumahan tersebut. Hal ini kerana, rata-rata rumah di kawasan tersebut mempunyai kerosakan yang sangat teruk seperti lubang di bawah kaki lima perumahan tersebut dek kerana pemendapan tanah.

Tidak hanya itu, pemilik akaun tersebut turut menunjukkan kerosakan pada dinding dan tiang rumah akibat pemendapan tanah tersebut. Ada yang lantainya retak, ada juga tiang yang terpisah dari dinding akibat lubang dari bawah rumah tersebut.

Pihak Pemaju Bagai Lepas Tangan, Penduduk Tuntut Keadilan Kualiti Rumah Di Darul Hana Sangat Parah
Sumber: Facebook
Pihak Pemaju Bagai Lepas Tangan, Penduduk Tuntut Keadilan Kualiti Rumah Di Darul Hana Sangat Parah
Pihak Pemaju Bagai Lepas Tangan, Penduduk Tuntut Keadilan Kualiti Rumah Di Darul Hana Sangat Parah. Sumber: Facebook

Pihak Pemaju dikatakan mengubah surat tawaran sesuka hati

Malah, apa yang membuatkan penduduk tersebut bengang apabila berlakunya ketidakadilan seperti mengubah sesukahati perjanjian yang terdapat dalam kontrak perumahan tersebut. Ini yang dinyatakan individu tersebut dalam perkongsiannya:

  1. Defect Liability Period (DLP) adalah 6 bulan seperti dinyatakan dalam perjanjian tetapi dikurangkan tanpa alasan munasabah kepada 3 bulan melalui sepucuk surat dlm bulan Disember 2022 yang lepas.
  2. Insurans kebakaran tidak diteruskan sedangkan telah dinyatakan dalam surat perjanjian tersebut adalah tempoh 1 tahun.

Kami membangkang sekeras keras nya perubahan amat tidak bertimbang rasa ini. Mcm nak melepas drp menanggung beban rumah yg banyak defects dan kos insurance jak rupa tok.

Kami membangkang sekeras-kerasnya perubahan amat tidak bertimbang rasa ini. Macam nak melepas daripada menanggung beban rumah yang banyak kerosakan dan kos insurans je ni”

Kapsyen Facebook

Pemilik akaun sosial tersebut juga turut menunjukkan bukti di mana kontrak tersebut pada awalnya telah dinyatakan bahawa pihak pemaju akan menanggung kos perlindungan insurans kebakaran ke atas unit rumah dalam tempoh 1 tahun dan juga tempoh tanggungan kecacatan (DLP) adalah 6 bulan dari tarikh surat kunci dikeluarkan.

Pihak Pemaju Bagai Lepas Tangan, Penduduk Tuntut Keadilan Kualiti Rumah Di Darul Hana Sangat Parah
Sumber: Facebook

“Kami menuntut keadilan daripada Kerajaan Negeri Sarawak di bawah kepimpinan Abg Jo.”

Namun, dalam surat yang telah diberikan kepada penduduk pada bulan Disember 2022 menyatakan bahawa pihak pemaju tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kerosakan. Turut dinyatakan juga bahawa surat tawaran yang diberikan kepada penduduk awalnya adalah dibatalkan.

Penduduk merasa bengang dengan sikap pihak pemaju yang melepas tangan untuk bertanggungjawab di atas segala kerosakan yang dialami oleh penduduk di perumahan Darul Hana.

Pihak Pemaju Bagai Lepas Tangan, Penduduk Tuntut Keadilan Kualiti Rumah Di Darul Hana Sangat Parah
Sumber: Facebook

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah:

‘Bencana Buatan Manusia’, Penduduk Kampung Tunku Kuching Merana Rumah Retak Akibat Projek Pembentungan
Pembeli Rumah PR1MA Di Tawau Bengang Apabila Rumah Yang Dibayar Tiap Bulan ‘Dirasmi’ Pekerja Dulu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Telan Kos 30 Juta, MP Kuching 'Bantah' Idea Kerajaan Sarawak Mahu Bina Tiang Bendera Tertinggi Telan Kos 30 Juta, MP Kuching ‘Bantah’ Idea Kerajaan Sarawak Mahu Bina Tiang Bendera Tertinggi
Next Article Jeti Ke Sekolah Di Sabah Runtuh Tiba-tiba, Guru Dan Pelajar Basah Lencun Hingga Undang Sebak Netizen Jeti Ke Sekolah Di Sabah Runtuh Tiba-tiba, Guru Dan Pelajar Basah Lencun Hingga Undang Sebak Netizen

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?