• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jiran Cuba Bakar Rumah, Lelaki Ini Cuba Untuk Bakar Jiran Kembali

Oleh
ILB - AI
7 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Jiran Cuba Bakar Rumah Lelaki Dari Sibu Ini, Lelaki Itu Pula Memutuskan Untuk 'Bakar' Jiran Kembali

Lelaki itu telah dijatuhkan hukuman denda kerana cubaan membunuh

Jiran Cuba Bakar Rumah, Lelaki Ini Cuba Untuk Bakar Jiran Kembali. Dilaporkan seorang lelaki berusia 55 tahun di Sibu telah dijatuhkan hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret kerana cubaan membunuh,

Jika gagal membayar hukuman denda terbabit, lelaki itu bakal dipenjara selama dua tahun. Difahamkan, peguam lelaki terbabit telah membayar denda berkenaan.

Jiran Cuba Bakar Rumah, Lelaki Ini Cuba Untuk Bakar Jiran Kembali

Cuba membunuh jiran dengan berkali-kali menuang petrol ke arah jiran walaupun tahu ada api yang marak berhampirannya

Menurut laporan, lelaki bernama Michael Wong itu, cuba membunuh jirannya yang berusia 65 tahun pada 31 Januari 2021 sekitar jam 3:30AM di sebuah rumah di Jalan Oya.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, Wong dan isterinya tersedar dan mendapati kebakaran di hadapan rumah mereka. Setelah memeriksa, mereka mendapati jiran mereka bercakap seorang diri di hadapan rumah mereka.

Gambar sekadar hiasan.

Wong mengesyaki jiran itu telah memulakan kebakaran terbabit kerana wanita itu pernah melakukan perkara yang sama sebelum ini.

Wong kemudian melemparkan tilam yang terbakar dan meja kayu kecil yang berada di hadapan rumahnya melintasi pagar ke dalam kawasan parkir kereta rumah wanita itu.

Tindakan terbabit menimbulkan kemarahan wanita itu dan melemparkan meja yang terbakar itu kembali ke kawasan rumah wong.

Difahamkan, jiran itu kemudian berkata dia tidak mahu Wong dan isterinya tinggal di sana lagi malah mahu mereka mati.

Gambar sekadar hiasan.

Ancaman terbabit mendorong Wong mengambil satu tin empat liter berisi minyak, yang dituangkannya berulang kali ke arah jirannya, yang berada berhampiran tilam yang terbakar.

Jiran Wong kemudian cuba mengambil tilam yang terbakar dan membuangnya semula ke rumah Wong, namun berbuat demikian mengakibatkan wanita itu terbakar dan mengalami 54% melecur di badannya.

Mengalami tekanan mental akibat gangguang berterusan oleh jirannya

Wong ditahan sekitar jam 11:40AM pada hari yang sama. Dalam mitigasi, peguam Jun Gui memberitahu mahkamah bahawa Wong telah mengalami tekanan mental akibat gangguan berterusan oleh jirannya.

Menurutnya, jiran terbabit secara berterusan membuang barang-barang yang menyala ke dalam rumah Wong, membahayakan dia dan keluarganya.

Tambahnya lagi, berdasarkan provokasi secara tiba-tiba oleh jiran itu pada hari kejadian dan dalam usaha untuk melindungi keluarganya, Wong hilang rasional dan kejadian terbabit berlaku.

Wong didakwa mengikut Seksyen 308 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun, atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Lagi di sini:

Hadiahkan Basikal Buat ‘Panda Walker’, Tiktoker Dermawan Dari Sabah Ini Terima Pujian Netizen
Fasa Pertama Bakal Siap Tahun Ini, Tular Gambar ‘Sneak Peek’ Hospital UNIMAS Di Samarahan
SUMBER :THE BORNEO POST
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hadiahkan Basikal Buat 'Panda Walker', Tiktoker Dermawan Dari Sabah Ini Terima Pujian Netizen Hadiahkan Basikal Buat ‘Panda Walker’, Tiktoker Dermawan Dari Sabah Ini Terima Pujian Netizen
Next Article 'Tak Pernah Saya Bayangkan Ini,' Doktor Kelahiran Kuching Terima Jemputan Ke Istana Buckingham ‘Tak Pernah Saya Bayangkan Ini,’ Doktor Kelahiran Kuching Terima Jemputan Ke Istana Buckingham

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?