• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hadiahkan Basikal Buat ‘Panda Walker’, Tiktoker Dermawan Dari Sabah Ini Terima Pujian Netizen

Oleh
Aina Musa
7 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Hadiahkan Basikal Buat 'Panda Walker', Tiktoker Dermawan Dari Sabah Ini Terima Pujian Netizen

Penghantar Makanan sebak terima hadiah basikal

Hadiahkan Basikal Buat ‘Panda Walker’, Tiktoker Dermawan Dari Sabah Ini Terima Pujian Netizen. Secara umumnya, pekerjaan seorang Panda Walker adalah sama dengan penghantar makanan biasa, tetapi mereka menghantar makanan dengan berjalan kaki atau menggunakan basikal dan jarak penghantaran lebih dekat berbanding dengan penghantar yang menggunakan motosikal.

Baru-baru ini seorang lelaki yang bekerja sebagai Panda Walker telah menarik perhatian netizen apabila videonya menerima hadiah sebuah basikal dari seorang lelaki dermawan tular di aplikasi Tiktok baru-baru ini.

Hadiahkan Basikal Buat 'Panda Walker', Tiktoker Dermawan Dari Sabah Ini Terima Pujian Netizen
Hadiahkan Basikal Buat ‘Panda Walker’, Tiktoker Dermawan Dari Sabah Ini Terima Pujian Netizen. Kredit: Adrian Ady

Menerusi sebuah video dimuatnaik oleh pempengaruh TikTok dari Sabah, Adrian Edy, pemuda berkenaan dilihat begitu gembira apabila menerima hadiah berkenaan.

Terima kejutan daripada Adrian Ady

Dalam video yang berdurasi 2 minit 38 saat itu, Adrian telah bertemu dengan Mohd Khairudin atau lebih mesra disapa sebagai Abang Khai.

Tidak lama kemudian, Tiktoker tersebut meminta Abang Khai untuk membuka bungkusan kanvas yang membaluti hadiah tersebut.

Seusai membuka bungkusan tersebut, Abang Khai terkejut apabila mendapati sebuah basikal berwarna putih serba baharu di sebaliknya.

Hadiahkan Basikal Buat 'Panda Walker', Tiktoker Dermawan Dari Sabah Ini Terima Pujian Netizen

Bukan itu sahaja, basikal tersebut turut dilengkapi dengan pemegang telefon pintar, bersesuaian dengan pekerjaan Abang Khai yang bekerja sebagai penghantar makanan yang perlu melihat navigasi pada aplikasi tersebut setiap masa.

Selepas memberikan kejutan kepada Abang Khai, Adrian sempat bertanya beberapa soalan mengenai kehidupan Panda Walker itu.

Memang berniat beli basikal pada awalnya tapi simpanan masih belum mencukupi

Abang Khai berusia 23 tahun berasal dari Semporna dan beliau sering mengirimkan wang kepada ibunya setiap minggu.

Abang Khai bekerja sebagai Panda Walker secara sepenuh masa dan sering keluar mencari rezeki bermula dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam, adakalanya hingga 10.00 malam.

Sebelum mendapat basikal tersebut, beliau memang berniat untuk membelinya namun wang simpanannya masih tidak mencukupi.

Ketika berborak, Abang Khai kelihatan sebak apabila Adrian mula menyebut mengenai ayahnya yang sudah pun meninggal dunia ketika dirinya masih kecil lagi, dalam lingkungan 12 tahun.

Pada akhir video tersebut, pempengaruh asal Sabah tersebut sempat menghulurkan beberapa jumlah wang kepada Abang Khai untuk membayar komitmen hidupnya seperti sewa rumah, bil dan sebagainya.

Sifat murah hati Adrian telah membuatkan Abang Khai menitiskan air mata dan mereka berpelukan sesama sendiri pada hujung video.

Baca lagi artikel menarik di sini:

Bihun Belacan Pikat Hati ‘Chu Bro’, Review Jujur Youtuber Korea Ini Tarik Perhatian Netizen Sarawak
Sedang Cari Perkhidmatan Penstriman Yang Benarkan ‘Password Sharing’? Ini 5 Pilihan Anda Boleh Cuba
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sedang Cari Perkhidmatan Penstriman Yang Benarkan 'Password Sharing'? Ini 5 Pilihan Anda Boleh Cuba Sedang Cari Perkhidmatan Penstriman Yang Benarkan ‘Password Sharing’? Ini 5 Pilihan Anda Boleh Cuba
Next Article Jiran Cuba Bakar Rumah Lelaki Dari Sibu Ini, Lelaki Itu Pula Memutuskan Untuk 'Bakar' Jiran Kembali Jiran Cuba Bakar Rumah, Lelaki Ini Cuba Untuk Bakar Jiran Kembali

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?