• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jiran Psikopat Pasang Lagu Kuat 24 Jam, Siap Tabur Paku Pada Halaman Rumah Di Batu Kawa

Oleh
Husna Hazmi
16 Ogos 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Hidup berjiran ni kena saling menghormati, bukan sebaliknya.

Jiran Psikopat Pasang Lagu Kuat 24 Jam, Siap Tabur Paku Pada Halaman Rumah Di Batu Kawa. Baru-baru ini, terdapat sebuah perkongsian di Facebook di mana dia bernasib malang mendapat seorang jiran yang sering menganggu ketenteramannya di Taman Janting Batu Kawa.

Oleh kerana tidak tahan dengan sikap jirannya, sebuah akaun di Facebook ini telah membuat laporan polis dan juga berkongsi pengalamannya mendapat jiran psikopat dari neraka.

Dalam perkongsian tersebut, beliau berkongsi kisahnya mendapat jiran yang racis dan psikopat. Menurut laporan polis yang telah dibuat, jirannya telah membuka lagu cina rancak 24 jam tanpa henti sehingga menganggunya untuk mendapatkan tidur yang lena dan keluarga jirannya itu juga sering membaling mercun tanpa sebab.

Jiran Psikopat Pasang Lagu Kuat 24 Jam, Siap Tabur Paku Pada Halaman Rumah Di Batu Kawa
Sumber foto: FB Taman Janting

Pernah menemui paku dan skrew

Beliau juga turut berkongsi bahawa dia pernah menemui paku dan skrew ditaburkan di kawasan laluan ke rumahnya. Perkara seperti ini bukan sahaja amat bahaya bagi manusia, malah jika ada binatang seperti anjing dan kucing jalanan yang terpijak paku berkenaan, ia boleh mencederakan nyawa yang tidak berdosa ini.

Pernah terserempak dengan keluarga jiran tersebut, dia lalu bertanya apa sebenarnya masalah mereka dan meminta agar si suami keluarga tersebut untuk menasihati isterinya agar tidak berbuat sedemikian, boleh pula dia ditunjukkan isyarat jari lucah daripada jirannya itu.

Jiran Psikopat Pasang Lagu Kuat 24 Jam, Siap Tabur Paku Pada Halaman Rumah Di Batu Kawa
Sumber foto: FB Taman Janting

Siapa saja yang tidak berasa sedih, marah dan stress jika dibuat seperti ini terutamanya daripada jiran sendiri. Jika hidup berjiran kita mestilah saling menjaga ketenteraman dan keharmonian di antara satu sama lain tidak mengira bangsa.

Kalau ada isu dengan jiran, memang rumit, ia bukan semudah ‘kalau jiran macam tu, pindahlah rumah’. Harga rumah serta harga menyewa rumah kini amatlah mahal, jadi marilah kita sama-sama jangan bersikap selfish dan mula bersikap bertolak ansur di antara satu sama lain.

Baca lagi di sini cerita terkini:

Buat Khianat Dan Ugut Bunuh Kakak, Remaja Ini Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo
‘Boleh Sampai Ke Bulan’, Bonggol Jalan Tidak Ikut Spesifikasi Di Jalan Stakan Ini Undang Reaksi Netizen
SUMBER :FB Taman Janting
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buat Khianat Dan Ugut Bunuh Kakak, Remaja Ini Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo Buat Khianat Dan Ugut Bunuh Kakak, Remaja Ini Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo
Next Article Cabut Batu Nisan Di Tanah Perkuburan Al-Qadim Sibu, Lelaki Gelandangan Ditangkap

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?