I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Buat Khianat Dan Ugut Bunuh Kakak, Remaja Ini Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Buat Khianat Dan Ugut Bunuh Kakak, Remaja Ini Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo

Oleh Nazihah AN 16 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Buat Khianat Dan Ugut Bunuh Kakak, Remaja Ini Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo

Mahkamah telah memutuskan untuk menghantar remaja ke Henry Gurney

Buat Khianat Dan Ugut Bunuh Kakak, Remaja Ini Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo. Mahkamah Majistret telah memerintahkan seorang remaja lelaki berusia 20 tahun dihantar ke Sekolah Henry Gurney di Puncak Borneo atas tiga pertuduhan ugutan jenayah dan perbuatan khianat terhadap kakaknya.

Menurut laporan Utusan Borneo, Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali telah membuat keputusan untuk mengarahkan remaja tersebut ke sekolah Henry Gurney selama setahun selepas meneliti laporan sosialnya.

Buat Khianat Dan Ugut Bunuh Kakak, Remaja Ini Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo
Buat Khianat Dan Ugut Bunuh Kakak, Remaja Ini Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo

Terdapat 3 pertuduhan dilaporkan ke atas remaja tersebut

Mengikut laporan itu, pertuduhan pertama adalah mengikut seksyen 506 Kanun Keseksaan, di mana ramaja tersebut membuat ugutan jenayah terhadap kakaknya yang berusia 38 tahun dengan mengugut untuk membunuhnya.

Dalam pertuduhan kedua, remaja turut melakukan khianat dengan memecahkan tujuh cermin tingkap dan merosakkan pintu rumah ibunya hingga menyebabkan mangsa kerugian RM120.

Bagi pertuduhan ketiga, remaja melakukan perbuatan khianat dan membakar meja makan plastik milik kakaknya hingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian sekitar RM100.

Buat Khianat Dan Ugut Bunuh Kakak, Remaja Ini Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo
Buat Khianat Dan Ugut Bunuh Kakak, Remaja Ini Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo

Remaja tersebut mengamuk sambil mengacukan pisau ke arah kakaknya

Mengikut fakta kes, kakak kepada remaja tersebut bertanya mengenai telefon bimbitnya hingga menyebabkan remaja tersebut berang, lalu membaling dua meja kopi di dalam rumah, memecahkan tingkap kaca dapur serta memukul ​​pintu hingga rosak.

Siasatan juga mendapati bahawa remaja pernah mengamuk sambil memegang pisau pemotong dan mengacukan pisau ke arah kakaknya, dan mengugut untuk membunuhnya sebelum dia melakukan khianat.

Bimbang akan keselamatan semua orang, kakaknya melaporkan kes itu kepada pihak polis. Tertuduh kemudiannya ditahan pada 27 Jun 2022 kira-kira jam 11:00 pagi berikutan laporan polis yang telah difailkan oleh kakaknya.

Buat Khianat Dan Ugut Bunuh Kakak, Remaja Ini Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo
Gambar sekadar hiasan

Pertuduhan pertama dan kedua telah dibicarakan di bawah seksyen 427 Kanun Jenayah. Semua kesalahan tersebut dilakukan di rumah mereka di Kampung Sudat, Batu 4 1/2, berhampiran Jalan Penrissen pada 26 Jun 2022 kira-kira jam 3 petang.

Pendakwaan kes dikendalikan Inspektor Mohd Adzmei Ahmad dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka mengumumkan pakej baharu Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) tidak lama lagi. Baca lebih lanjut di bawah:

Bantuan Termasuk Potongan Diskaun Utiliti, BKSS 9.0 Bakal Diumum Tidak Lama Lagi

Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo, Sekolah Ketiga Tahanan Juvana Terbaik SPM Di Malaysia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cantik Tapi Seram, Rumah Terbiar Di Saratok Ini Memang Sebiji Macam Dalam Filem The Conjuring Cantik Tapi Seram, Rumah Terbiar Di Saratok Ini Memang Sebiji Macam Dalam Filem The Conjuring
Next Article Jiran Psikopat Pasang Lagu Kuat 24 Jam, Siap Tabur Paku Pada Halaman Rumah Di Batu Kawa

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?