• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tinggalkan Sukan SEA 2025, Jojo Ghazali Fokus Pada ONE Championship

Oleh
Farisha
20 Disember 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Jojo buka laluan atlet muda untuk beraksi di Sukan SEA 2025

Tinggalkan Sukan SEA 2025, Jojo Ghazali Fokus Pada ONE Championship. Bintang muda muay thai negara, Muhammad Johan ‘Jojo’ Ghazali Zulfikar, mengesahkan beliau tidak akan menyertai Sukan SEA 2025 yang bakal berlangsung di Thailand.

Sebaliknya, anak kelahiran Sarawak, Jojo memilih untuk terus memberi tumpuan kepada pentas antarabangsa dalam kejohanan ONE Championship. Atlet berusia 18 tahun itu menjelaskan bahawa keputusan tersebut dibuat untuk membuka ruang kepada bakat-bakat muda Malaysia.

Tinggalkan Sukan SEA 2025, Jojo Ghazali Fokus Pada ONE Championship
Tinggalkan Sukan SEA 2025, Jojo Ghazali Fokus Pada ONE Championship. Sumber foto: ONE FC

“Bagi Jojo, kejohanan ONE Championship dengan perlawanan yang saya akan tempuhi selepas ini sudah mencapai peringkat tertinggi dalam muay thai. Jadi, buang masa untuk beraksi menyertai Sukan SEA untuk menyumbang pingat. Saya ingin beri peluang kepada atlet muda Malaysia yang lebih berpotensi untuk beraksi di temasya tersebut,” kata Jojo.

Tumpuan Penuh Untuk ONE 170

Jojo kini berada di Thailand, menjalani latihan intensif sebagai persediaan menghadapi jaguh Colombia, Johan Estupinan, dalam pertarungan ONE 170 yang bakal berlangsung di Impact Arena, Bangkok pada 24 Januari.

Menurut Jojo, Estupinan merupakan lawan yang tidak boleh dipandang ringan memandangkan rekodnya yang cemerlang tanpa kekalahan dalam empat pertarungan sebelum ini.

“Saya telah berlatih selama dua bulan sekarang dan saya telah belajar banyak perkara. Apapun, ia akan menjadi satu pertarungan yang menarik antara dua petarung muda,” katanya, menurut laporan media tempatan.

Rekod Cemerlang Jojo di ONE

Jojo kini mencatat rekod 6-1 di ONE Championship selepas kemenangan KO ke atas Josue Cruz dalam aksi ONE 168 di Denver, Amerika Syarikat, September lalu. Kemenangan tersebut bukan sahaja mengukuhkan nama Jojo di arena antarabangsa, malah membawa pulang bonus prestasi bernilai AS$50,000 (kira-kira RM225,329)!

“Setiap perlawanan di ONE adalah pengalaman yang berharga. Saya mahu terus memperbaiki diri dan mencapai lebih banyak kejayaan,” tambah Jojo.

Langkah Berani Atlet Muda

Keputusan Jojo untuk meninggalkan Sukan SEA mungkin mengejutkan sesetengah pihak, tetapi ia menunjukkan fokusnya untuk terus mengharumkan nama Malaysia di peringkat global.

Dengan semangat juang tinggi dan pengalaman yang semakin bertambah, peminat muay thai pasti tidak sabar untuk melihat aksi Jojo dalam kejohanan ONE Championship seterusnya.

Adakah ini langkah yang tepat untuk Jojo? Kita tunggu dan lihat!

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kemenangan Jojo yang luar biasa:

Jojo Menang, Tumpaskan Lawan Dengan K.O Di Pusingan Pertama ONE 168: Denver
Rupanya ‘Berdarah Pahlawan’, Ramai Akui Kehebatan Jojo Dalam Sukan Muay Thai

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Didakwa Hina Wanita Iban, Ifa Raziah Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka Didakwa Hina Wanita Iban, Ifa Raziah Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka
Next Article Dakwa Hamilkan Kekasih, Lelaki Dikurung Dan Ditekap Seterika Keluarga Kekasih Di Tawau Dakwa Hamilkan Kekasih, Lelaki Dikurung Dan Ditekap Seterika Keluarga Kekasih Di Tawau

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?