I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Jolynn J Chin, Pemain Piano Asal Sarawak Terpilih Untuk Berentap Dalam America’s Got Talent 2021
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jolynn J Chin, Pemain Piano Asal Sarawak Terpilih Untuk Berentap Dalam America’s Got Talent 2021

Nur Afifah 3 Jun 2021
Kongsi
5 Min Bacaan
Kongsi

You go, girl!

Jolynn J Chin, Pemain Piano Asal Sarawak Terpilih Untuk Berentap Dalam America’s Got Talent 2021. Selepas kemunculan kumpulan muzik tradisional temporari Sada’ Borneo dalam pertandingan Asia’s Got Talent beberapa tahun yang lalu, kini seorang lagi anak Sarawak berjaya menempatkan diri dalam pertandingan pencarian bakat berprestij di dunia iaitu America’s Got Talent.

Jolynn J Chin, gadis pemain piano yang berasal dari Kuching Sarawak ini mengumumkan perkhabaran gembira tersebut di laman Facebook rasminya.

Menurut Jolynn, beliau tidak menyangka bahawa dirinya akan berentap di pentas yang disaksikan oleh penonton dari seluruh dunia itu. Masih jelas di ingatannya bahawa beliau sering menonton rancangan realiti TV tersebut sewaktu kecil dan sesiapa sahaja yang berada di pentas itu pastinya berasa gempak.

Siapa sangka, 20 tahun kemudian, giliran beliau pula yang akan mempamerkan bakat di pentas America’s Got Talent (AGT)!

Jolynn J Chin, Pemain Piano Asal Sarawak Terpilih Untuk Berentap Dalam America's Got Talent 2021
Jolynn J Chin, Pemain Piano Asal Sarawak Terpilih Untuk Berentap Dalam America’s Got Talent 2021. Sumber : Facebook Jolynn J Chin

Emel bertuah buat Jolynn dari penerbit AGT

Jolynn menerima jemputan untuk menyertai pertandingan tersebut melalui sebuah emel yang dihantar oleh penerbit ujibakat AGT. Penerbit tersebut telah menonton video Jolynn di Youtube dan berminat untuk menghubunginya melalui panggilan video Zoom.

Hasil daripada panggilan tersebut, penerbit tersebut telah meminta keizinan daripada Jolynn untuk ‘pitch’ atau mempersembahkan video Jolynn kepada penerbit eksekutif AGT.

Tuah ayam letak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, kan? Beberapa minggu kemudian, pemain piano berusia 25 tahun ini dihubungi semula oleh penerbit tersebut dengan perkhabaran bahawa pihak produksi menyukai video persembahan piano Jolynn dan menawarkannya penerbangan ke Los Angeles, Amerika Syarikat untuk tujuan rakaman rancangan realiti TV tersebut.

Lebih mengejutkan, tawaran ini umpama satu keajaiban buat Jolynn kerana AGT hanya menerima penyertaan video secara virtual open call daripada individu yang berminat dari seluruh dunia. Perkara ini hanya diketahui olehnya setelah terlibat dalam rancangan realiti TV ini.

Menerusi laporan media tempatan, apabila ditanya tentang reaksi ibu bapanya berkenaan penyertaannya ke pertandingan tersebut semasa musim pandemik ini, beliau menyatakan bahawa ia tidak menjadi satu masalah kerana pihak AGT dan penyiar NBC telah memberi jaminan dan memastikan protokol yang ketat, disertakan dengan para doktor di set penggambaran.

Telah bersedia untuk pamer kebolehan di AGT sejak Disember 2020

Bercakap mengenai persiapannya untuk menghadapi AGT, Jolynn telah mula mempersiapkan persembahannya pada Disember tahun lalu bersama penerbit dan pasukan muzik AGT. Beliau telah memulakan proses produksi muzik, menggubah dan menyusun muzik untuk persembahannya pada waktu itu. Malah, keluarga dan rakan-rakannya juga turut membantu untuk merakamkan sesi persembahannya beberapa kali di studio miliknya. Ia bagi memudahkan kerjasama dengan penerbit sekaligus dapat mempersembahkan sesi ujibakatnya dengan baik dan cemerlang secara maya.

Jolynn J Chin, anak didik graduan Juiliard dan pemenang Chopin International Competition

Untuk makluman anda, Jolynn J Chin merupakan pemain piano yang telah memulakan pendidikan muzik pianonya sejak berusia 5 tahun lagi. Sepanjang penglibatannya dalam muzik piano, beliau telah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada Dr. Nicholas Ong, graduan DMA dari The Juiliard School; Andrew Brownell, juara JN Hummel Competition 2005; dan Li Ming Qiang, pemenang Chopin International Competition Ke-4 pada tahun 1960.

Jolynn J Chin, Pemain Piano Asal Sarawak Terpilih Untuk Berentap Dalam America's Got Talent 2021
Sumber : IG Jolynn J Chin

Anak Sarawak yang bertapak di Amerika ini juga telah bekerjasama dengan pelbagai pemuzik terkemuka dan telah beberapa kali memenangi anugerah di peringkat antarabangsa seperti pingat emas dalam Asia International Piano Academy Festival Competition.

Album miliknya, Beyond Classical EP, telah menerima pencalonan anugerah Grammy ke-62 dalam kategori Best Contemporary Instrumental Album.

Episod pertama America’s Got Talent telah disiarkan di saluran NBC pada 1 Jun yang lalu. Selain itu, anda juga boleh menonton klip ujibakat peserta di Youtube America’s Got Talent.

Bukan kaleng-kaleng ya, Jolynn! Tahniah dan semoga berjaya memperoleh kemenangan dalam America’s Got Talent!

Baca juga kejayaan dan karya seni anak Sarawak yang lain :

Nur Afifah 3 Jun 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dikatakan Berunsur Spiritual, Lelaki Ini Berjaya Lelong Arca Ghaib Pada Harga 15,000 Euro
Next Article Surat Majikan Sudah Cukup, Tidak Perlu Mohon Permit Polis Sepanjang PKP – Polis Sarawak

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Cerita Borneo

Dari Pasar Malam Miri Ke Lembah Klang, The Brew Crew Peroleh 5 Bintang Dari Grabfood

12 Ogos 2022
Cerita Borneo

Ajuk Trademark Penjual Di Indian Street, Ramai Boleh ‘Relate’ Dengan Video TikTok Lelaki Ini

11 Ogos 2022
'Terbang Duit', Kereta Bersusun Kena 'Clamp' Di Poli Kuching Ini Raih Perhatian Netizen
Cerita Borneo

‘Terbang Duit’ – Kereta Bersusun Kena ‘Clamp’ Di Poli Kuching Raih Perhatian Netizen

11 Ogos 2022
Cerita Borneo

10 Pantang Larang Masyarakat Cina Yang Perlu Anda Tahu Semasa Perayaan Hantu Lapar

11 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?