• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Surat Majikan Sudah Cukup, Tidak Perlu Mohon Permit Polis Sepanjang PKP – Polis Sarawak

Oleh
Ismail NA
3 Jun 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Foto : FMT

Perkara ini dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail.

Surat Majikan Sudah Cukup, Tidak Perlu Mohon Permit Polis Sepanjang PKP – Polis Sarawak. Susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan oleh Sarawak sejak 29 Mei yang lalu, polis Sarawak memberitahu media tempatan bahawa sebarang urusan pergerakan yang melibatkan perkhidmatan penting terutamanya kakitangan majikan yang terlibat hanya dikehendaki membawa surat majikan dan tidak perlu memohon permit pergerakan dari balai polis.

Isi Isi Penting
  • Perkara ini dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail.
  • Hanya perlu surat majikan lengkap dengan nama syarikat dan waktu bekerja
  • Berikut merupakan sedikit sebanyak info tentang perkhidmatan penting yang dibenarkan dan tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP di Sarawak;
  • Artikel berkaitan :

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, surat daripada majikan yang menyatakan nama syarikat sudah memadai untuk urusan pergerakan ke tempat kerja sepanjang waktu PKP yang bermula 29 Mei sehingga 14 Jun ini.

Beliau berkata demikian semasa dihubungi oleh sebuah akhbar media tempatan hari ini.

Hanya perlu surat majikan lengkap dengan nama syarikat dan waktu bekerja

Sementara itu, Ketua Polis Bahagian Kota Samarahan, DSP Sudirman Kram turut mengesahkan kenyataan Datuk Aidi Ismail mengenai perkara tersebut. Mengulas kenyataan Aidi, Sudirman berkata bahawa orang ramai yang bekerja dalam sektor perkhidmatan penting hanya perlu mengemukakan surat majikan yang lengkap dengan nama syarikat dan waktu bekerja.

Sejak PKP dijalankan beberapa hari yang lalu, suasana jalan raya di sekitar Kuching terutamanya sedikit lengang dengan jumlah kenderaan yang kurang daripada biasa. Antara sektor perkhidmatan penting yang dibuka adalah seperti operator dan kedai makan, peniaga makanan jalanan, kiosk, kedai bergerak, pusat penjaja makanan, food courts, restoran, premis makanan dan trak makanan.

Selain itu, pasar basah, pasar tamu, pasar borong, dan pasaraya turut dibuka di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan.

Berikut merupakan sedikit sebanyak info tentang perkhidmatan penting yang dibenarkan dan tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP di Sarawak;

Sumber : Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)
Sumber : Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)
Sumber : Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)
Sumber : Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Walaupun pergerakan pekerjaan kini sedikit dilonggarkan tanpa perlu memohon permit daripada balai polis, namun patuhi SOP dan peraturan sedia ada. Bekerja dari rumah sekiranya perlu dan hadkan pergerakan sosial anda bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Artikel berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jolynn J Chin, Pemain Piano Asal Sarawak Terpilih Untuk Berentap Dalam America’s Got Talent 2021
Next Article Selepas Sabah, Ruang Udara Sarawak Pula Diceroboh Oleh Pesawat Pertahanan China

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?