• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jom Try Buat Sendiri Susu Kurma Yang Sedap Macam Susu FarmFresh Ini

Oleh
Ismail NA
21 April 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Mengidam Susu Kurma? Mari Kita Cuba Buat.

Jom Try Buat Sendiri Susu Kurma Yang Sedap Macam Susu FarmFresh Ini. Apabila tibanya bulan Ramadan, boleh dikatakan ia merupakan sebuah musim kemunculan makanan dan minuman yang enak dan jarang didapati pada waktu yang lain. Ini termasuklah susu kurma yang menjadi kegilaan orang ramai semasa bulan puasa.

Jom Try Buat Sendiri Susu Kurma Yang Sedap Macam Susu FarmFresh Ini
Kredit : Youtube Isaac Osman

Di pasaran, terdapat pelbagai jenama susu yang kini mengeluarkan produk susu kurma kerana rasanya yang sedap dan mengenyangkan. Sedar tak sedar, baru beberapa teguk dah licin sebotol. Tapi, jika anda ingin membuat sendiri susu kurma pun, apa salah nya kan? Lebih jimat dan banyak hasilnya. Lagi pula, resipinya cukup mudah dan ringkas.

Jom kita start!

Bahan-Bahan

  • 10 biji kurma
  • 1 cawan air kosong
  • 2 cawan susu kotak (segar/full cream/low fat)
  • Sedikit aiskrim vanila
Jom Try Buat Sendiri Susu Kurma Yang Sedap Macam Susu FarmFresh Ini
Jom Try Buat Sendiri Susu Kurma Yang Sedap Macam Susu FarmFresh Ini

Bahan Tambahan (jika mahu)

  • Madu
  • Kismis
  • Pisang
  • Serbuk koko/milo
  • Kopi
  • Serbuk kayu manis

Cara Membuat

1. Hiris kurma kepada dua atau tiga bahagian dan buangkan bijinya. Untuk rasa yang lebih enak, anda dicadangkan untuk menggunakan kurma jenis lembut dan manis. Jika ada lebihan kurma yang berlainan, boleh juga dicampurkan. Tiada masalah.

2. Rendam kurma di dalam air semalaman. Sekiranya hendak menggunakannya dengan kadar segera, anda boleh merendamnya di dalam air panas selama lebih kurang 15 minit.

3. Setelah itu, masukkan kurma yang telah direndam, air rendaman, susu segar serta aiskrim vanila ke dalam pengisar. Kisar hingga halus dan sebati. Jika anda ingin bereksperimen, boleh lah cuba masukkan sedikit bahan tambahan yang anda suka.

4. Bagi anda yang gemarkan tekstur berair, anda boleh tapis semula susu kurma yang telah siap dikisar tadi.

5. Siap!

Jom Try Buat Sendiri Susu Kurma Yang Sedap Macam Susu FarmFresh Ini

Mudah sahaja kan? Bukan sahaja manis dan sedap, malah anda lebih mengetahui bahan apa yang digunakan untuk menghasilkan susu kurma homemade ini. Dah buat nanti, jangan lupa komen dan share!

Mengidam apam balik pulak dah? Ini resipi apam balik ringkas untuk anda :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Malaysia Sedia Pertimbangkan Pelajar Di Kampus Untuk Balik Kampung
Next Article Tak Perlu Isi Borang Lagi, Pengeluaran ASB Kini Boleh Dilakukan Secara ‘Online’

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?