Notis kesalahan trafik dikeluarkan atas pemandu yang tidak patuh undang-undang jalan raya
JPJ Sarawak Keluarkan 87 Notis Kesalahan Trafik Di Jalan Kuching-Serian. Dilaporkan, JPJ Sarawak turun padang dalam Ops Pengarah yang dijalankan pada malam Jumaat di Mile 15, Jalan Kuching-Serian, sebanyak 87 notis kesalahan trafik telah dikeluarkan ke atas pemandu yang tidak patuh undang-undang jalan raya.

Antara kesalahan yang dikesan:
- Memandu tanpa lesen
- Cukai jalan tamat tempoh
- Tiada Lesen Memandu Barangan (GDL)
- Kesalahan teknikal & ubah suai kenderaan
Operasi ini diketuai oleh Timbalan Pengarah JPJ Sarawak, Nor Azlan Ibrahim, bersama 35 pegawai & anggota yang melakukan pemeriksaan ke atas 745 kenderaan!

“Kami memberi tumpuan kepada penguatkuasaan menyeluruh ke atas kenderaan persendirian & komersial bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334),” kata JPJ Sarawak dalam satu kenyataan di Facebook.
JPJ turut mengingatkan semua pemandu supaya berhemah di jalan raya dan patuhi peraturan untuk keselamatan semua!

