• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

JPJ Tidak Pernah Beri Kelulusan BJAK Urus Niaga Pembaharuan Cukai Jalan

Oleh
Nazihah AN
6 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
JPJ Tidak Pernah Beri Kelulusan BJAK Urus Niaga Pembaharuan Cukai Jalan

JPJ Tegur BJAK Eksploitasi Pembaharuan Cukai Jalan Tanpa Kebenaran

JPJ Tidak Pernah Beri Kelulusan BJAK Urus Niaga Pembaharuan Cukai Jalan. JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan memberikan kelulusan kepada BJAK (BJAK Sdn Bhd) untuk menjalankan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan.

Menurut JPJ, keputusan ini dibuat kerana pendedahan yang telah dibuat oleh BJAK melalui laman sesawang mereka iaitu ‘Pembaharuan roadtax secara dalam talian di BJAK telah diaudit, disah dan diluluskan oleh JPJ’ adalah tidak benar dan mengelirukan orang awam.

JPJ Tidak Pernah Beri Kelulusan BJAK Urus Niaga Pembaharuan Cukai Jalan
JPJ Tidak Pernah Beri Kelulusan BJAK Urus Niaga Pembaharuan Cukai Jalan

JPJ Tidak Pernah Beri Kelulusan BJAK Urus Niaga Pembaharuan Cukai Jalan

JPJ menegaskan bahawa aduan yang diterima daripada orang awam menunjukkan pembaharuan cukai jalan telah dilaksanakan melalui laman sesawang BJAK, namun tempoh sah cukai jalan tidak dikemas kini. Jabatan ini turut menjelaskan bahawa tiada integrasi sistem di antara Sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh pihak BJAK.

Menurut JPJ, mereka telah menerima aduan ketidakpuasan hati orang awam yang perlu membayar caj tambahan ketika memperbarui cukai jalan yang dikenakan oleh BJAK. JPJ menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah meluluskan sebarang pengenaan caj tambahan yang dikenakan oleh BJAK kepada pelanggan mereka.

JPJ menekankan bahawa pengoperasian yang dilakukan oleh BJAK berkaitan urus niaga pembaharuan cukai jalan adalah tanpa kebenaran daripada pihak JPJ. Sementara itu, JPJ mengalakkan orang awam untuk menggunakan platform rasmi mereka seperti kaunter JPJ, kios JPJ, kaunter bergerak JPJ Mobile, Aplikasi MyJPJ, portal awam JPJ, Pos Malaysia, MyEG dan PUSPAKOM untuk memperbarui cukai jalan.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Baby Shima Nafi Disaman, Akui Diberi Keizinan Nyanyi Semula Lagu Ikonik Iban Bekikis Bulu Betis
Next Article Tumbuk Belakang Dan Tendang Mata Isteri Kerana Enggan Beri Wang, Lelaki Padawan Dipenjara

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?