• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tumbuk Belakang Dan Tendang Mata Isteri Kerana Enggan Beri Wang, Lelaki Padawan Dipenjara

Oleh
Farisha
6 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Dipenjara empat bulan kerana menumbuk belakang badan, membaling kerusi dan menendang mata kiri isteri

Tumbuk Belakang Dan Tendang Mata Isteri Kerana Enggan Beri Wang, Lelaki Padawan Dipenjara. Seorang lelaki dari Padawan telah dipenjarakan selama empat bulan dan didenda RM1,000 atau satu bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencederakan isterinya setelah isterinya tidak dapat memberinya lebih daripada RM200.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Losion Eddison Lingu, 29 tahun, dari Kampung Sadir, Jalan Puncak Borneo selepas beliau mengaku bersalah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun yang sama, menurut laporan.

Tumbuk Belakang Dan Tendang Mata Isteri Kerana Enggan Beri Wang, Lelaki Padawan Dipenjara
Tumbuk Belakang Dan Tendang Mata Isteri Kerana Enggan Beri Wang, Lelaki Padawan Dipenjara

Hukuman penjara atau didenda RM2,000

Pertuduhan itu membawa hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Losion melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah panjang di Kampung Sadir pada pukul 11 malam pada 27 April 2024. Menurut fakta kes, Losion dan isterinya, seorang wanita Indonesia, telah bertelingkah selepas beliau tidak berpuas hati apabila isterinya hanya memberinya RM200.

Memaksa isteri untuk pinjam wang daripada jiran, malah menumbuk belakang isteri

Beliau juga menghendaki isterinya untuk mencari lebih banyak wang dengan apa cara sekalipun dan isterinya memberitahu bahawa adalah memalukan untuk meminjam wang daripada jiran kerana beliau tidak tahu bagaimana untuk membayar balik wang yang dipinjam.

Setelah mendengar alasan itu, Losion menjadi agresif dan menumbuk belakang badan isterinya beberapa kali, membaling kerusi plastik ke arahnya dan menendang mata kirinya.

Akibatnya, isteri Losion mengalami beberapa kecederaan pada tubuh badannya. Bimbang akan keselamatannya, mangsa membuat laporan polis yang menyebabkan Losion ditangkap.

Kes itu dikendalikan oleh Inspektor Ammarsofi Yusoff manakala Losion tidak diwakili oleh peguam.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article JPJ Tidak Pernah Beri Kelulusan BJAK Urus Niaga Pembaharuan Cukai Jalan JPJ Tidak Pernah Beri Kelulusan BJAK Urus Niaga Pembaharuan Cukai Jalan
Next Article Andrewson Beri Tempoh 7 Hari Tarik Balik Lagu Bekikis Bulu Betis Sebelum Failkan Saman Andrewson Beri Tempoh 7 Hari Tarik Balik Lagu Bekikis Bulu Betis Sebelum Failkan Saman

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?