• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jual Barangan Terpakai, DBKU Anjur Kempen Beli Balik Kitar Semula Di Kuching

Oleh
Nazihah AN
8 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Jual Barangan Terpakai, DBKU Anjur Kempen Beli Balik Kitar Semula Di Kuching

Usaha Menggalakkan Kitar Semula di Kalangan Penduduk Gersik

Jual Barangan Terpakai, DBKU Anjur Kempen Beli Balik Kitar Semula Di Kuching. Kerajaan Negeri Sarawak melalui Dewan Bandaraya Kuching Utara akan menganjurkan satu Kempen Beli Balik Kitar Semula pada 11 Mei 2024 bertempat di Masjid Hidayatul Rahman, Kampung Gersik.

Kempen ini berlangsung dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan bertujuan untuk menggalakkan penduduk setempat mengitar semula pelbagai bahan buangan.

Jual Barangan Terpakai, DBKU Anjur Kempen Beli Balik Kitar Semula Di Kuching

Sepanjang kempen ini, orang ramai boleh menjual bahan kitar semula kepada pihak penganjur. Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:

A. Kertas – Surat khabar (RM0.40/kg), kertas hitam putih (RM0.30/kg), kertas campur (RM0.10/kg), dan kotak (RM0.20/kg).

B. Plastik – Bekas plastik (RM0.20/kg).

C. Logam – Aluminium (RM3.00/kg), sisa besi (RM0.60/kg), bateri kereta (RM1.20/kg), tin/besi (RM0.10/kg).

D. Peralatan Elektrik – Barangan elektrik (RM0.20/kg), CPU set (RM1.00/kg), monitor/TV (RM3.00/unit), mesin basuh/peti sejuk (RM4.00/unit).

E. Minyak – Minyak masak terpakai (RM1.50/kg).

Selain membantu mengutip pendapatan tambahan, kempen sebegini dapat membudayakan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat. Ia menyokong usaha untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan memelihara kebersihan kawasan kediaman.

Hubungi pihak Dewan Bandaraya untuk maklumat lanjut berkaitan Kempen Beli Balik Kitar Semula yang bakal berlangsung di Kampung Gersik ini. Bersama-samalah kita menjaga kebersihan dan melindungi alam sekitar untuk generasi akan datang.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Padah Lari Dari Pemeriksaan Polis, Lelaki Dipenjara Enam Bulan Di Kuching Padah Lari Dari Pemeriksaan Polis, Lelaki Dipenjara Enam Bulan Di Kuching
Next Article Selepas Menempa Nama, Ahli MKT UMNO Persoal Cadangan Buka UiTM Kepada Bukan Bumiputera

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?