• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Lari Dari Pemeriksaan Polis, Lelaki Dipenjara Enam Bulan Di Kuching

Oleh
Aina Musa
8 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Padah Lari Dari Pemeriksaan Polis, Lelaki Dipenjara Enam Bulan Di Kuching

Padah halang tugas pihak polis

Padah Lari Dari Pemeriksaan Polis, Lelaki Dipenjara Enam Bulan Di Kuching. Seorang lelaki tempatan telah dikenakan denda RM2,000 atau penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kuching kerana menghalang tugas penjawat awam semasa ditahan untuk pemeriksaan oleh pihak polis.

Norfazreen Ikmal Mazlan, 27, telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Padah Lari Dari Pemeriksaan Polis, Lelaki Dipenjara Enam Bulan Di Kuching. Sumber: Suara Sarawak

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu di tepi Jalan Penrissen, sekitar jam 1.40 pagi, pada 2 Mei lepas.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, pihak polis yang menjalankan Ops Bersepadu Lejang sekitar jam 1.40 pagi pada 2 Mei lepas, terserempak dengan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan.

Pihak polis cuba menahan kenderaan tersebut untuk diperiksa tetapi tertuduh bertindak memecut kereta itu dan cuba melarikan diri.

Pihak polis mengejar tertuduh yang berjaya ditahan di tepi jalan Taman Malihah.

Pemeriksaan dilakukan dan rampasan barang seperti tiga gulung wayar tembaga, seunit senjata kuku kambing, tukul besi, pemotong playar, seunit gergaji dan beberapa peralatan memotong lain telah dibuat.

Baca lagi artikel menarik:

SUMBER :Suara Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rokok Dan Minuman Keras Tidak Bercukai Bernilai RM2.3 Juta Berjaya Dirampas Di Saratok Rokok Dan Minuman Keras Tidak Bercukai Bernilai RM2.3 Juta Berjaya Dirampas Di Saratok
Next Article Jual Barangan Terpakai, DBKU Anjur Kempen Beli Balik Kitar Semula Di Kuching Jual Barangan Terpakai, DBKU Anjur Kempen Beli Balik Kitar Semula Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?