• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jumlah Penumpang Ikut Kapasiti Kenderaan, Rekreasi Sukan Tak Bersentuhan Dibenarkan Di Sarawak Mulai Hari Ini

Oleh
Nazihah AN
14 Julai 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Jumlah Penumpang Ikut Kapasiti Kenderaan, Rekreasi Sukan Tak Bersentuhan Dibenarkan Di Sarawak Mulai Hari Ini

Dalam SOP fasa 2 Pelan Pemulihan Negara membenarkan jumlah penumpang mengikut kapasiti kenderaan dan aktiviti sukan dan rekreasi juga dibenarkan

Jumlah Penumpang Ikut Kapasiti Kenderaan, Rekreasi Sukan Tak Bersentuhan Dibenarkan Di Sarawak Mulai Hari Ini. Telah dilaporkan bahawa jumlah penumpang kenderaan persendirian boleh mengikut kapasiti kenderaan persendirian dan aktiviti sukan dan rekreasi tak bersentuhan dibenarkan di Sarawak mula berkuatkuasa mulai hari ini.

Ini adalah pelaksanaan daripada prosedur operasi standard (SOP) dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara yang mula dilaksanakan di negeri ini. Menurut SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), yang dikemaskini semalam, kenderaan pemerintah atau kenderaan rasmi untuk kedudukan dibenarkan berdasarkan jumlah tempat duduk di dalam kenderaan.

Kenderaan yang membawa barang dan perkhidmatan yang diperlukan dan jumlah orang yang dibenarkan dalam rangkaian aktiviti ekonomi atau perindustrian bergantung pada sijil pendaftaran kenderaan komersial.

Jumlah Penumpang Ikut Kapasiti Kenderaan, Rekreasi Sukan Tak Bersentuhan Dibenarkan Di Sarawak Mulai Hari Ini
Jumlah Penumpang Ikut Kapasiti Kenderaan, Rekreasi Sukan Tak Bersentuhan Dibenarkan Di Sarawak Mulai Hari Ini

Pergerakan merentas negeri tidak dibenarkan kecuali mendapat permit polis

Namun, di bawah SOP Fasa 2 PPN masih tidak membenarkan pergerakan rentas negeri kecuali selepas mendapat permit kelulusan dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau mengatakan bahawa pergerakan antara negeri untuk memasuki Sarawak mesti mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melalui “Permohonan Kemasukan dan Penyataan Maklumat Kesihatan”.

Sementara itu, mengenai Kapasiti Operasi Perkhidmatan Awam adalah tertakluk kepada Pekeliling atau Arahan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan Setiausaha Persekutuan Negeri Sarawak.

Manakala, aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan juga turut dibenarkan di bawah prosedur standard operasi (SOP). Taman-taman awam dibenarkan beroperasi dengan pematuhan SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBSS). Aktiviti seperti joging, berbasikal, golf, dan apa-apa senaman ringan juga dibenarkan.

Tambahan kenyataan, aktiviti sukan yang tidak bersentuhan kategori individu dan berpasukan bagi tujuan aktiviti latihan, permainan, perlawanan dan kejohanan adalah dibenarkan.

Untuk pengetahuan lanjut berkenaan dengan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara, anda boleh rujuk artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tekanan Hidup Akibat Pandemik, Sarawak Catat 37 Kes Bunuh Diri Dalam 5 Bulan Pertama 2021
Next Article Kluster Hospital Sentosa Kuching Yang Kedua Dilaporkan, 26 Kes Baharu Telah Dicatat

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?