• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tekanan Hidup Akibat Pandemik, Sarawak Catat 37 Kes Bunuh Diri Dalam 5 Bulan Pertama 2021

Oleh
Ismail NA
14 Julai 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Jaga diri semuanya.

Tekanan Hidup Akibat Pandemik, Sarawak Catat 37 Kes Bunuh Diri Dalam 5 Bulan Pertama 2021. Tidak dapat dinafikan lagi, pandemik ini menyebabkan ramai orang telah terhimpit dengan kesusahan dari segenap sudut. Tidak kiralah sama ada dari segi ekonomi, sosial, mahupun mental dan fizikal. Sarawak tidak terkecuali daripada permasalahan ini.

Isi Isi Penting
  • Jaga diri semuanya.
  • Peningkatan kes bunuh diri sebanyak 77% sejak tahun 2018
  • Majoriti adalah golongan lelaki berusia 18 tahun ke atas
  • Hubungi Komuniti CHAT untuk perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikologi
  • Lagi artikel berkaitan :

Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak telah mendedahkan kepada umum bahawa Sarawak mencatatkan sebanyak 37 kes bunuh diri sejak dari tempoh Januari 2021 hingga Mei 2021.

Perkara ini telah dilaporkan oleh menterinya, Dato’ Sri Fatimah Abdullah melalui sidang media berhubung Perkhidmatan Komuniti CHAT di pejabatnya di Wisma Baitulmakmur pada 12 Julai 2021 yang lalu.

Tekanan Hidup Akibat Pandemik, Sarawak Catat 37 Kes Bunuh Diri Dalam 5 Bulan Pertama 2021
Dato’ Sri Fatimah Abdullah semasa sidang media berhubung Perkhidmatan Komuniti CHAT 12 Julai lalu. Sumber : DayakDaily

Peningkatan kes bunuh diri sebanyak 77% sejak tahun 2018

Data yang diperoleh daripada PDRM Sarawak ini menunjukkan peningkatan sebanyak 19.65% bagi 5 bulan pertama tahun 2021 berbanding 46 kes yang direkodkan untuk keseluruhan tahun 2020.

Jika dibandingkan dalam tempoh 2018 sehingga 2021, peningkatan kes ini adalah sangat ketara iaitu sebanyak 77% sepanjang tempoh masa tersebut. Kes bunuh diri dilihat semakin melonjak sejak tahun 2019 dengan peningkatan sebanyak 38.46% daripada tahun 2018.

Pada tahun 2020, ia melonjak lagi kepada 27.8% berbanding 2019.

Majoriti adalah golongan lelaki berusia 18 tahun ke atas

Menurut Fatimah, kes bunuh diri ini majoritinya melibatkan golongan lelaki. 96% daripadanya adalah golongan berusia 18 tahun ke atas.

Ditambah pula dengan pandemik COVID-19 yang mula melanda negara sejak tahun lalu, ia telah memberi kesan yang memudaratkan kepada kesejahteraan komuniti dan menyumbang kepada pelbagai isu sosial semasa seperti kemiskinan, kesihatan mental, keganasan rumah tangga dan isu gelandangan.

Isu sosial ini kemudiannya mengakibatkan cubaan membunuh diri dan tragedi membunuh diri yang sering dilaporkan di media massa dan media sosial.

Tekanan Hidup Akibat Pandemik, Sarawak Catat 37 Kes Bunuh Diri Dalam 5 Bulan Pertama 2021
Tekanan Hidup Akibat Pandemik, Sarawak Catat 37 Kes Bunuh Diri Dalam 5 Bulan Pertama 2021

Hubungi Komuniti CHAT untuk perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikologi

Sehubungan itu, individu yang memerlukan perkhidmatan intervensi kaunseling, krisis, bimbingan, sokongan dan pendidikan kesihatan psikologi boleh menghubungi perkhidmatan Komuniti CHAT di talian Bilik Gerakan Operasi COVID-19 di seluruh Sarawak.

Untuk makluman anda, Komuniti CHAT ini adalah penjenamaan semula untuk Perkhidmatan Tele-Kaunseling Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) bagi menangani isu dan masalah berkaitan kesihatan mental. Ia menghimpunkan para pegawai psikologi dan Pasukan Sokongan Psikologi.

Dalam masa yang sama, individu yang ingin mengenal pasti tahap kesihatan mental seperti kebimbangan, kemurungan dan tekanan, permohonan perkhidmatan boleh didapati melalui kaedah QR Scan yang mengandungi pautan Depression Anxiety dan Stress Scale dalam 4 bahasa.

Ujian Depression Anxiety dan Stress Scale boleh dicapai melalui pautan berikut :

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris – http://bit.do/Versi-BM-BI

Bahasa Iban dan Bahasa Cina – http://bit.do/Versi-Iban-Chinese.

Lagi artikel berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Influencer Orang Popular Di Internet? Ketahui Beza Antara Influencer, Selebriti Internet Dan Content Creator Influencer Orang Popular Di Internet? Ketahui Beza Antara Influencer, Selebriti Internet Dan Content Creator
Next Article Jumlah Penumpang Ikut Kapasiti Kenderaan, Rekreasi Sukan Tak Bersentuhan Dibenarkan Di Sarawak Mulai Hari Ini Jumlah Penumpang Ikut Kapasiti Kenderaan, Rekreasi Sukan Tak Bersentuhan Dibenarkan Di Sarawak Mulai Hari Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?