• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Individu Dakwa Jumpa Al Quran Dan Yasin Dikoyak, Berterabur Atas Jalan Di Kuching

Oleh
Nazihah AN
18 November 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Tular Individu Jumpa Al Quran Dan Yasin Dikoyak, Berterabur Atas Jalan Di Kuching

Kejadian berlaku di kawasan Jalan Bukit Mata, Kuching

Tular Individu Dakwa Jumpa Al Quran Dan Yasin Dikoyak, Berterabur Atas Jalan Di Kuching. Sebuah hantaran individu di laman Facebook tular dan mendapat perhatian netizen apabila menemui cebisan surah Yasin yang berterabur atas jalan, malam tadi.

Perkara ini telah mengejutkan netizen dan membangkitkan pelbagai spekulasi mengenai kejadian yang tidak biasa ini.

Tular Individu Dakwa Jumpa Al Quran Dan Yasin Dikoyak, Berterabur Atas Jalan Di Kuching
Tular Individu Dakwa Jumpa Al Quran Dan Yasin Dikoyak, Berterabur Atas Jalan Di Kuching.
Sumber: Facebook

Individu tersebut sertakan dua video di ruangan komen

Dalam hantaran itu, individu tersebut mengongsikan dua video dan memberitahu bahawa beliau menemui Al Quran dan Yasin yang telah dikoyak dan bersepah di sebuah jalan, berdekatan UTC Kuching.

Hantaran itu mendapat banyak tindak balas dari netizen yang merasa sedih dengan insiden tersebut. Ramai yang mengecam tindakan pihak tertentu yang sanggup merosakkan kitab suci agama Islam itu.

Sementara itu, beberapa pihak mendakwa bahawa kejadian ini mungkin merupakan tindakan tidak bertanggungjawab atau mungkin disengajakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi komen, ada juga juga meminta pihak berkuasa menyiasat perkara ini, memandangkan ia boleh menimbulkan perasaan sensitif dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Namun, sehingga kini, belum ada keterangan lanjut atau tuntutan rasmi berkaitan kejadian ini.

Netizen turut dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan dengan kejadian tersebut dan menyerahkan hal ini kepada pihak berkuasa.

Lagi artikel semasa, anda boleh baca pautan di bawah:

Sarawak Perlu Dikecualikan Sekiranya Malaysia Mahu Terima Pelarian Palestin – Karim
Padah Pukul Remaja 18 Tahun Di Kuching, 3 Sekawan Tingkatan 4 Berdepan Penjara Setahun
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Festival Telaga Air Kembali Dengan Regatta Bermula 1 Hingga 3 Disember Ini
Next Article Bakal Diperkenalkan, ‘Speed Trap’ Ultra Resolusi Tinggi Boleh Rakam Pemandu Dalam Kereta

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?