I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Reading: Festival Telaga Air Kembali Dengan Regatta Bermula 1 Hingga 3 Disember Ini
Font ResizerAa
I Love Borneo I Love Borneo
Font ResizerAa
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Festival Telaga Air Kembali Dengan Regatta Bermula 1 Hingga 3 Disember Ini

Oleh Farisha 20 November 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Kebangkitan Semula Regatta dan Pembangunan Hub Sukan Air Di Telaga Air

Festival Telaga Air Kembali Dengan Regatta Bermula 1 Hingga 3 Disember Ini. Festival Telaga Air yang bakal berlangsung pada 1 hingga 3 Disember tahun ini menyaksikan semula Telaga Air Regatta.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MCP), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyatakan bahawa Telaga Air merupakan lokasi yang ideal untuk mengadakan festival air, termasuk perlumbaan bot kuasa dan bot kawalan jauh (RC).

Festival Telaga Air Kembali Dengan Regatta Bermula 1 Hingga 3 Disember Ini
Festival Telaga Air Kembali Dengan Regatta Bermula 1 Hingga 3 Disember Ini. Sumber: borneopost

Regatta mini terakhir di Telaga Air telah diadakan pada tahun 1992, dan kini, setelah lebih 30 tahun, acara ini kembali untuk memeriahkan lagi Telaga Air.

Artikel Lain

Ini Senarai Acara Menarik Di Kuching Bulan Disember Ini
Ini Senarai Acara Menarik Di Kuching Bulan Disember Ini
Dengan 20 Booth Tawarkan Tuak Unik, Borneo Tuak Festival Diadakan Mulai Esok
Dengan 20 Booth Tawarkan Tuak Unik, Borneo Tuak Festival Diadakan Mulai Esok
Festival Muzik Country 2023 Tawar Konsert Free Tepi Pantai Buat Peminat Di Miri
Festival Muzik Country 2023 Tawar Konsert Free Tepi Pantai Buat Peminat Di Miri

Biasa diadakan di Kuching Waterfront, namun kali ini di Telaga Air pula

Abdul Karim turut menyatakan bahawa Telaga Air boleh menjadi alternatif lokasi kepada Sarawak Regatta antarabangsa yang biasanya diadakan di Kuching Waterfront, untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar Kuching.

Festival Telaga Air yang ke-17 ini diadakan di Esplanade Telaga Air dan dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dengan sokongan daripada MTCP. Telaga Air Regatta akan menampilkan tujuh kategori, termasuk Bidar 10, Bidar 15, dan kategori Raja Sungai yang menawarkan trofi dan hadiah wang tunai RM15,000.

Selain regatta, aktiviti lain juga akan diadakan

Selain dari regatta, pelbagai aktiviti lain juga akan diadakan seperti jualan makanan dan minuman, pameran, bacaan Al-Quran peringkat sekolah rendah, pertandingan sepak takraw, futsal, sukan rakyat, memasak, karaoke, bot hias, poco-poco kreatif, pertandingan mewarna kanak-kanak, nopeng, seni mempertahankan diri kreatif, bot kayak, dan tarik tali.

MPP juga menyediakan kira-kira 1,400 tempat letak kereta di lokasi yang ditetapkan dan perkhidmatan bas ulang alik dari tempat letak kereta ke lokasi festival. Selain itu, MTCP akan menyediakan tambahan RM50,000 kepada dana awal RM150,000 untuk Festival Telaga Air.

Antara yang hadir di festival tersebut

Dato Sri Nancy Shukri, Menteri Persekutuan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Ahli Parlimen Santubong, menyatakan bahawa Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) dan wakil rakyat Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi akan merasmikan pembukaan festival pada Jumaat (1 Disember), sementara Perdana Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, akan menghadiri upacara penutupan pada Ahad (3 Disember).

Kehadiran penting lain semasa sidang media termasuklah Pengerusi MPP, Tan Kai dan Timbalan Setiausaha Tetap MTCP, Desmond Douglas Jerukan. Festival ini tidak hanya menjanjikan keseronokan dan hiburan tetapi juga membawa peluang besar bagi mempromosikan keunikan budaya dan sukan air di Sarawak kepada pengunjung domestik dan antarabangsa.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Perlu Dikecualikan Sekiranya Malaysia Mahu Terima Pelarian Palestin – Karim
Next Article Tular Individu Jumpa Al Quran Dan Yasin Dikoyak, Berterabur Atas Jalan Di Kuching Tular Individu Dakwa Jumpa Al Quran Dan Yasin Dikoyak, Berterabur Atas Jalan Di Kuching

Advertorial

TEGAS Fundraising Accelerator 2023 Ajar Startup Kumpul Dana Dengan Berkesan
#innovatesarawak
McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober
Berita Malaysia
Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?