I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Aktiviti Menarik

Jungle Trekking Di Taman Bukit Tumbina Bintulu, Trail Hutan Santai Menuju Ke Pantai

Oleh Ismail NA
4 Februari 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
Jungle Trekking Di Taman Bukit Tumbina Bintulu, Trail Hutan Santai Menuju Ke Pantai

Tumbina rupanya ada tempat trekking

Jungle Trekking Di Taman Bukit Tumbina Bintulu, Trail Hutan Santai Menuju Ke Pantai. Ramai yang mengenali Taman Tumbina sebagai taman yang menempatkan haiwan seperti harimau dan sebagainya. Namun, tidak ramai yang mengenali Taman Tumbina ini sebagai sebuah kawasan trekking hutan yang santai dan boleh dijadikan sebagai ‘leisure hike’.

Jika anda berada di Bintulu, Bukit Taman Tumbina ini pastinya sesuatu yang ingin anda cuba untuk tawan.

Jungle Trekking Di Taman Bukit Tumbina Bintulu, Trail Santai Hingga Ke Pantai Tanjung Batu
Jungle Trekking Di Taman Bukit Tumbina Bintulu, Trail Santai Hingga Ke Pantai Tanjung Batu. Kredit : FB Loh Kin Cheong

Bukit Taman Tumbina ini mempunyai ketinggian 70 meter sahaja. Ianya tidak begitu tinggi, jadi sesuai untuk pemula atau individu yang mahu mencuba aktiviti jungle trekking sebagai salah satu senaman mingguan bagi mengekalkan tahap kecergasan badan.

3 trail dengan jarak yang berbeza

Untuk ke puncak Bukit Tumbina ini, anda boleh memilih untuk mengharungi 3 trail yang berbeza. Trail merah adalah trail yang paling panjang dengan jarak sekitar 2733 meter manakala trail biru adalah trail sederhana dengan jarak 2497 meter. Bagi mereka yang mahukan perjalanan yang betul-betul santai, anda boleh memilih untuk menggunakan trail yang paling pendek iaitu trail hijau dengan jarak hanya 1936 meter sahaja.

Jungle Trekking Di Taman Bukit Tumbina Bintulu, Trail Santai Hingga Ke Pantai Tanjung Batu

Di sepanjang perjalanan, anda akan menemui sebatang sungai batuan dengan air yang mengalir jernih. Apabila musim hujan, jalan ke dalam trail Bukit Taman Tumbina ini agak basah. Jadi, anda dinasihatkan untuk memakai pakaian serta kasut yang sesuai.

Terdapat beberapa bahagian jalan yang mana anda perlu melalui trail bertali. Namun, trail ini tidak tinggi dan curam. Dengan bantuan rakan-rakan dan keberanian anda, liku-liku ini boleh dianggap ‘kacang’ saja. Lagi pula, trail di Bukit Taman Tumbina ini mempunyai banyak tempat untuk berehat dan mengambil nafas. Hehe.

Boleh tembus ke Pantai Tanjung Batu, Bintulu

Menurut seorang pengguna Facebook, Mazlan Bin Mosdaram, beliau melalui trail di dalam bukit dengan jarak 1.5 km. Kemudian, perjalanannya trekking nya juga sempat menyusur ke pagar BDA dan Zoo Bintulu dengan jarak 1 kilometer. Jika anda meneruskan perjalanan trekking dari kawasan trail, anda juga boleh sampai ke Pantai Tanjung Batu dengan jarak 2.5 km. Dari Pantai Tanjung Batu ke tempat parkir asal pula hanya memerlukan perjalanan sejauh hampir 1.6 km. Kesemua perjalanan ini adalah satu pusingan lengkap trekking di Bukit Taman Tumbina, Bintulu.

Menerusi rakaman video yang dimuat naiknya ke dalam Facebook, Mazlan dan rakan-rakannya hanya mengambil masa selama 1 jam 42 minit untuk melengkapkan satu pusingan penuh dari tapak permulaan Bukit Taman Tumbina, melalui Pantai Tanjung Batu dan kembali ke tapak permulaan (1 pusingan penuh) dengan jarak hanya 4.1 km! Not bad kan?

Lihat bagaimana pendaki lain merakamkan pengalaman mereka menaiki trail Bukit Taman Tumbina di Bintulu ini menerusi gambar dan video.

Jungle Trekking Di Taman Bukit Tumbina Bintulu, Trail Santai Hingga Ke Pantai Tanjung Batu
Kredit : FB Mazlan Bin Mosdaram
Jungle Trekking Di Taman Bukit Tumbina Bintulu, Trail Santai Hingga Ke Pantai Tanjung Batu
Kredit : FB Mazlan Bin Mosdaram
Jungle Trekking Di Taman Bukit Tumbina Bintulu, Trail Santai Hingga Ke Pantai Tanjung Batu
Kredit : Youtube Cygnosis Adventurers
Jungle Trekking Di Taman Bukit Tumbina Bintulu, Trail Santai Hingga Ke Pantai Tanjung Batu
Kredit : Youtube Cygnosis Adventurers
Jungle Trekking Di Taman Bukit Tumbina Bintulu, Trail Santai Hingga Ke Pantai Tanjung Batu
Kredit : FB Bang Sempull
Jungle Trekking Di Taman Bukit Tumbina Bintulu, Trail Santai Hingga Ke Pantai Tanjung Batu
Kredit : FB Bang Sempull

Anda juga boleh mendapatkan gambaran jelas bagaimana pendakian ke Bukit Taman Tumbina ini menerusi video yang dikongsikan oleh Mazlan di Facebook serta saluran Cygnosis Adventurers di Youtube.

Posted by Mazlan Bin Mosdaram on Thursday, November 11, 2021

Macam best kan? Bah, kalau anda ada di Bintulu atau berkunjung ke Bintulu, bolehlah cuba mendaki santai ke Bukit Taman Tumbina ini!

Nak yang mencabar sikit, boleh cuba di sini :

https://www.iloveborneo.my/bukit-kasut-di-miri-ini-hidden-gem-untuk-penggemar-hiking
https://www.iloveborneo.my/minat-aktiviti-mencabar-jom-beranikan-diri-naik-jambatan-canopy-walk-di-danum-sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 5 Filem Kantonis Yang Nostalgik Dan Buat Anda Tak Kering Gusi
Next Article Majlis Khatamal Quran SK St Thomas Berlangsung Dengan Jayanya Di Hotel Merdeka Palace

Advertorial

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?