• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini 5 Filem Kantonis Yang Nostalgik Dan Buat Anda Tak Kering Gusi

Oleh
Ismail NA
4 Februari 2024
Kongsi
5 Min Bacaan

Tipulah kalau anda tak pernah tengok filem-filem ni kan?

Ini 5 Filem Kantonis Yang Nostalgik Dan Buat Anda Tak Kering Gusi. Sempena Tahun Baru Cina ini, mesti ramai yang tengah berkumpul bersama ahli keluarga. Sambil anda berborak dan bersantai dengan mereka, apa kata kalau anda menonton filem-filem Kantonis yang boleh dikira legend dan mesti tonton.

Dah alang-alang berkumpul ramai-ramai kan, TV tu takkan buat hiasan jer. Bukalah cerita yang best sikit untuk memeriahkan suasana kan? Jom kita semak senarai 5 filem kantonis yang pastinya mengimbau nostalgia waktu kecil anda.

1. Kung Fu Hustle

Ini 5 Filem Kantonis Yang Nostalgik Dan Buat Anda Tak Kering Gusi
Ini 5 Filem Kantonis Yang Nostalgik Dan Buat Anda Tak Kering Gusi. Kredit foto : CBR.com

Filem ini boleh dikatakan setaraf dengan filem Bollywood malar hijau iaitu ‘3 Idiots’. Namun begitu, ceritanya bukanlah tentang tiga sekawan yang melanjutkan pengajian ke menara gading. Kung Fu Hustle mengisahkan tentang seorang lelaki yang acah-acah menjadi gengster dan suka membuat kekacauan di kawasan kejiranan yang harmoni.

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut yang dibintangi oleh Stephen Chow secara tidak sengaja membawa masalah ke kawasan tersebut. Setelah dibelasah oleh petarung kung fu yang memiliki kuasa luar biasa, dia tidak menyangka bahawa dirinya juga mempunyai kuasa luar biasa sehingga menarik perhatian pemilik rumah sewa untuk melatihnya menjadi wira sebenar (bukan menjadi wira gengster).

2. Shaolin Soccer

Ini 5 Filem Kantonis Yang Nostalgik Dan Buat Anda Tak Kering Gusi
Ini 5 Filem Kantonis Yang Nostalgik Dan Buat Anda Tak Kering Gusi

Babak nyanyian dalam filem ini sering menjadi meme dan menjadi babak yang paling diingati oleh orang ramai.

Filem ini mengisahkan tentang seorang sami Shaolin yang mengumpulkan rakan-rakan saminya untuk mencipta sebuah pasukan bola sepak dan bermain di kejohanan besar menentang gergasi bola sepak. Bukan itu sahaja, gelagat pasukan bola sepak yang bermain bola sepak menggunakan teknik-teknik kung fu adalah sesuatu yang unik mengenai filem ini.

Filem ini juga diarahkan dan dibintangi oleh Stephen Chow. Ini juga merupakan masterpiece daripada beliau dan berjaya menjadi filem pecah panggung di eranya.

3. Mr. Vampire

Ini 5 Filem Kantonis Yang Nostalgik Dan Buat Anda Tak Kering Gusi

Ini pula merupakan filem kegemaran penulis secara peribadinya. Walau pun pada masa kecil, perasaan menonton filem ini agar bercampur baur antara lucu dan seram kerana penampilan hantu mumia Cina yang melompat-lompat yang dipanggil jiangshi.

Filem ini sarat dengan ritual yang pelbagai daripada sami Taoist yang menggunakan mantera dan tangkal untuk melindungi daripada semangat jahat. Menyedari bahawa mayat yang digali semula disyaki sudah menjadi zombi, sami Taoist yang bernama Master Kau itu membawanya pulang ke rumah untuk di’kunci’ menggunakan garisan sakti.

Namun, anak muridnya terlupa untuk menggariskan bahagian bawah keranda menyebabkan zombi tersebut bangun dan menimbulkan kekacauan. Paling best, babak mereka masing-masing menahan nafas sebab tak nak zombi jiangshi tu tahu keberadaan mereka. Ah sudah!

4. CJ-7

Ini 5 Filem Kantonis Yang Nostalgik Dan Buat Anda Tak Kering Gusi

Walau pun sedih, tetapi cerita ini tetap lucu dan mempunyai pengajarannya yang tersendiri. CJ-7 mengisahkan tentang kehidupan seorang ayah bersama seorang anak lelakinya. Kehidupan mereka yang serba miskin menyebabkan anaknya sering dibuli di sekolah yang dipenuhi dengan pelajar dari latar belakang keluarga yang berada.

Namun, segala-galanya berubah ketika anaknya berkawan dengan satu mahkluk asing yang bernama CJ-7. Dengan segala kuasa ajaib yang dimiliki oleh CJ-7, kehidupan anak lelaki tersebut juga secara tidak langsung berubah. Nak tahu lebih lanjut? Kenalah tengok.

5. Fight Back To School

Ini 5 Filem Kantonis Yang Nostalgik Dan Buat Anda Tak Kering Gusi

Mengisahkan tentang seorang pegawai polis yang ditugaskan menjadi ejen perisik di sebuah sekolah, filem merupakan filem bergenre romantik komedi. Heronya turut dibintangi oleh Stephen Chow yang menjadi polis aka pelajar sekolah dan bergandingan bersama Ng Man Tat, pegawai polis yang turut menyamar tetapi sebagai tukang kebun sekolah.

Beliau diberi tugasan tersebut demi menyelamatkan kerjayanya yang berada di ambang kemusnahan. Tugasnya pula adalah mencari senjata api pegawai atasannya yang hilang. Banyak lah juga peristiwa lucu yang pasti membuatkan anda tak kering gusi berlaku sepanjang Stephen Chow berada di sekolah tersebut.

Baca juga artikel yang berkaitan:

The Pillar Of Strength, Filem Animasi Sarawak Pertama Bawa Wira Iban Ke Pawagam Seluruh Negara
Misteri Empat Lembaga Hitam Di Stadium Terungkai, Rupanya Promosi Filem
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 10 Airbnb Di Kundasang Dengan Pemandangan Terbaik Gunung Kinabalu Ini 10 Airbnb Di Kundasang Dengan Pemandangan Terbaik Gunung Kinabalu
Next Article Jungle Trekking Di Taman Bukit Tumbina Bintulu, Trail Hutan Santai Menuju Ke Pantai Jungle Trekking Di Taman Bukit Tumbina Bintulu, Trail Hutan Santai Menuju Ke Pantai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?