Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu yang menarik
Juruterbang AirAsia Ini Bikin Penumpang Terhibur, Buat Pengumuman Seperti DJ Radio. Seorang juruterbang AirAsia menjadi perhatian selepas video pengumuman penerbangan yang santai tarik perhatian ramai di TikTok.
Dalam video tersebut, pilot berkenaan menggunakan gaya penyampaian yang spontan dan mesra menyerupai DJ radio, menghiburkan penumpang pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu berkenaan.

Juruterbang Captain Johan Farid Khairuddin (JFK)
Diruangan komen pula, ramai mengatakan juruterbang yang membuat pengumuman itu adalah Captain Johan Farid Khairuddin (JFK) yang juga merupakan juruterbang AirAsia serta TV/Radio Vateran. Patutlah ada gaya DJ radio!
Beliau bukan sahaja berkongsi maklumat penting mengenai penerbangan, tetapi turut memasukkan unsur menghiburkan dalam setiap pengumuman. Antaranya termasuk komen tentang cuaca, destinasi, dan panduan keselamatan, tetapi semuanya disampaikan dengan gaya yang menarik.

Mendapat reaksi positif dikalangan netizen
Tindakannya telah mendapat pelbagai reaksi positif dikalangan netizen yang rata-ratanya memuji sikap profesionalnya yang unik dan berani keluar dari kebiasaan.
Pengalaman ini juga membuktikan bahawa sedikit kreativiti daripada juruterbang dapat memberi kesan positif yang mendalam kepada penumpang. Video ini telah mendapat ribuan tontonan, dan penumpang yang terlibat pasti tidak akan melupakan pengalaman yang menghiburkan itu.

