I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Metro Muat Naik Teaser Stesen ART Fasa Pertama Di Hikmah Exchange

Oleh Nazihah AN
17 September 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Sarawak Metro Muat Naik Teaser Stesen ART Fasa Pertama Di Hikmah Exchange

Stesen Hikmah Exchange (SM14) Antara Destinasi Utama Projek KUTS Fasa 1

Sarawak Metro Muat Naik Teaser Stesen ART Fasa Pertama Di Hikmah Exchange. Sarawak Metro baru-baru ini memuat naik sebuah video teaser yang menampilkan Stesen Hikmah Exchange (SM14), salah satu stesen utama dalam Fasa 1 projek Kuching Urban Transportation System (KUTS).

Stesen ini terletak di “Padang Pasir”, dan merupakan stesen terminal utara untuk Laluan Biru, yang bakal mempunyai keseluruhan 15 stesen. Laluan ini juga akan mempunyai satu stesen persimpangan di Simpang Tiga.

Sarawak Metro Muat Naik Teaser Stesen ART Fasa Pertama Di Hikmah Exchange

Stesen Hikmah Exchange Bakal Jadi Hub Utama Pengangkutan Awam Kuching

Projek KUTS adalah satu langkah penting dalam usaha memperkukuhkan sistem pengangkutan awam di Kuching, dan melibatkan pembinaan beberapa stesen yang berada di atas tanah (at-grade) dan stesen bertingkat (elevated). Hikmah Exchange (SM14), sebagai salah satu stesen utama, menawarkan pelbagai kemudahan untuk memudahkan semua lapisan masyarakat. Di stesen-stesen terpilih, kemudahan seperti lif dan eskalator disediakan untuk memastikan akses mudah bagi warga emas, wanita mengandung, serta orang kelainan upaya.

Selain itu, semua stesen di bawah projek ini dilengkapi dengan Sistem Pengumpulan Tambang Automatik (Automatic Fare Collection), Sistem Paparan Maklumat Penumpang (Passenger Information Display System), dan CCTV untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang.

Video teaser yang dimuat naik Sarawak Metro semalam menunjukkan visual jelas mengenai Stesen Hikmah Exchange, serta keunikan reka bentuknya yang moden dan mesra pengguna. Sebelum ini, Sarawak Metro turut memuat naik video teaser Stesen ART di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, yang memperlihatkan sambungan stesen tersebut ke tingkat dua lapangan terbang melalui sebuah jambatan udara (skybridge) yang dikenali sebagai Pedestrian Crossing Departure Hall. Jambatan ini memudahkan penumpang untuk bergerak dari stesen ke aras pelepasan lapangan terbang dengan lebih selesa.

Lihat video penuh di bawah:

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Video Teaser Stesen ART Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Curi Tumpuan Ramai
Galakan Orang Ramai Guna ART, Netizen Persoal Kekurangan Laluan Pejalan Kaki Di Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rakyat Dinasihatkan Berjaga-Jaga, Kes Pertama Mpox Dikesan Di Malaysia Rakyat Dinasihatkan Berjaga-Jaga, Kes Pertama Mpox Dikesan Di Malaysia
Next Article Penyanyi KV Keningau Ungguli Pertandingan Idol Peringkat Negeri

Advertorial

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?