• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kagum Dengan Keenakannya, Wartawan Semenanjung Ini Bagi Laksa Sarawak 5 Bintang

Oleh
Husna Hazmi
6 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

“Memang tak menyesal cuba laksa Sarawak,” Azrul Affandi.

Kagum Dengan Keenakannya, Wartawan Semenanjung Ini Bagi Laksa Sarawak 5 Bintang. Singgah ke Sarawak sudah menjadi kewajiban untuk menikmati makanan kegemaran orang ramai di negeri ini iaitu Laksa Sarawak.

Apa yang membezakan Laksa Sarawak dengan laksa-laksa lain diluar sana adalah pes kuah laksanya yang dibuat khas daripada rempah-rempah istimewa dan kuah ini dibuat menggunakan shrimp stock (air rebusan udang).

Hidangan istimewa ini kemudiannya dihidangkan bersama bihunyang sudah dicelur, hirisan ayam rebus, hirisan telur dadar, udang, taugeh, daun ketumbar, limau kasturi dan juga sambal yang padu. Memang Special!

Kagum Dengan Keenakannya, Wartawan Semenanjung Ini Bagi Laksa Sarawak 5 Bintang
Kagum Dengan Keenakannya, Wartawan Semenanjung Ini Bagi Laksa Sarawak 5 Bintang. Gambar tangkap layar dari TikTok Azrul Affandi Sobri

Wartawan/Produser terkenal dari Semenanjung cuba laksa Sarawak

Baru-baru ini di TikTok, seorang wartawan/produser terkenal dari Semenanjung, Azrul Affandi Sobri telah datang ke Sarawak.

Berkongsi pengalamanya di TikTok mencuba salah satu hidangan ikonik di Bumi Kenyalang ini, beliau telah mencuba Laksa Sarawak di salah satu kedai makan popular di Kuching iaitu Mom’s Laksa. Video berkenaan juga telah mendapat lebih 240K tontonan (setakat artikel ini ditulis).

Kagum Dengan Keenakannya, Wartawan Semenanjung Ini Bagi Laksa Sarawak 5 Bintang
Gambar tangkap layar dari TikTok Azrul Affandi Sobri

Pada mulanya kagum dengan Mi Jawa Satay

Pada mulanya, beliau kagum dengan Mi Jawa Satay di kedai makan berkenaan kerana namanya dan menu tersebut yang unik.

Kemudian, setelah beliau mencuba makan laksa Sarawak buat pertama kalinya, beliau kagum pula dengan rasa pekat kuat dan betapa enaknya hidangan berkenaan.

Patutlah orang cakap wajib try, memang tak menyesal.

Saya bagi 5 Star!”

Beliau kemudiannya menyarankan buat orang di luar sana yang datang ke Bumi Kenyalang ini untuk mencuba Laksa Sarawak, Mi Jawa Satay, Teh C Special dan Mi Kolok!

Lagi cerita menarik buat anda di sini:

[VIDEO] Buat Review Makan Laksa Sarawak, Wanita Dari Kedah Ini Akui Kesedapannya
2 Mangkuk Habis, Youtuber Dari Korea Ini Kagum Dengan Keenakan Mi Kolo Di Sarawak
SUMBER :TikTok Azrul Affandi Sobri
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hotel Resort Pakej 5 Bintang Di Kuching, Damai Lagoon Bakal Buka Bulan Mei 2023 Hotel Resort Pakej 5 Bintang Di Kuching, Damai Lagoon Bakal Buka Bulan Mei 2023
Next Article Mulakan Hari Anda Dengan Perut Kenyang, Ini 4 Port American Breakfast Di Kuching Mulakan Hari Anda Dengan Perut Kenyang, Ini 4 Port American Breakfast Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?