• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

2 Mangkuk Habis, Youtuber Dari Korea Ini Kagum Dengan Keenakan Mi Kolo Di Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
1 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

‘Looks so simple but tastes so good!’- Chu Bro.

2 Mangkuk Habis, Youtuber Dari Korea Ini Kagum Dengan Keenakan Mi Kolo Di Sarawak. Merupakan makanan ikonik yang hanya ada di Sarawak mi Kolo ini adalah salah satu hidangan sarapan pagi yang amat popular di negeri ini.

Baru-baru ini, ramai youtuber, influencer malah artis terkemuka dari luar negara telah mencuba hidangan ikonik ini di mana mereka semuanya kagum dengan rasanya.

2 Mangkuk Habis, Youtuber Dari Korea Ini Kagum Dengan Keenakan Mi Kolo Di Sarawak
2 Mangkuk Habis, Youtuber Dari Korea Ini Kagum Dengan Keenakan Mi Kolo Di Sarawak. Gambar tangkap layar dari Youtube Chu Bro

Mencuba dua jenis Mi Kolo

Mempunyai sebanyak 175K subcsribers di Youtube, youtuber dari Korea Selatan yang dikenali sebagai Chu Bro telah memuat naik video pengalamannya mencuba mi kolo authentik dari Kuching, Sarawak.

Dalam video tersebut, Chu Bro mencuba dua jenis mi kolo (versi non-Halal) iaitu Mi Kolo Original dan juga Mi Kolo Merah. Menurut Chu Bro, Mi Kolo Original yang dinikmatinya itu mempunyai rasa yang light tetapi sangat enak!

Untuk Mi Kolo Merah pula dia mengatakan ia kelihatan seperti Bibim-guksu (Korean Spicy Noodle) dan mempunyai rasa yang lebih savory daripada Mi Kolo Original.

Chu Bro kemudiannya tak henti-henti memuji keenakan mi kolo yang dimakannya serta menghabiskan 2 mangkuk mi kolo tersebut sekaligus! Kalau tak sedap takkan boleh habiskan dua mangkuk mi kolo sekaligus kan? Di sinilah terbuktinya keenakan Mi Kolo asli dari Sarawak.

2 Mangkuk Habis, Youtuber Dari Korea Ini Kagum Dengan Keenakan Mi Kolo Di Sarawak
Gambar tangkap layar dari Youtube Chu Bro

Cuba Butter Coffee dan Three Layer Tea

Selain daripada Mi Kolo, Chu Bro juga ada mencuba Butter Coffee yang merupakan minuman unik dan klasik kegemaran penduduk tempatan serta The Famous Three Layer Tea, minuman ikonik Sarawak.

Amat berpuas hati dengan semua menu yang dicubanya, Chu Bros mengatakan makanan yang dicubanya kali ini di Sarawak adalah amat sedap!

Jadi buat anda di luar sana yang belum pernah lagi mencuba Mi Kolo atau Mi Kolok yang authentic di Sarawak, anda perlu cuba keenakan hidangan ikonik ini sekarang juga.

Lagi review makanan Sarawak dari artis dan Youtuber terkemuka di sini:

Buat Rancangan Realiti Di Kuching, Yoo Seung Ho Jatuh Cinta Dengan Aiskrim Gula Apong
Habiskan Semangkuk Laksa Sarawak, Youtuber Dari UK Ini Akui Kelazatan ‘Breakfast Of The God’ Ini
SUMBER :Youtube Chu Bro
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hidang Pelbagai Menu Menarik, Anda Wajib Singgah Ke Lapa.Food 'Fast Food' Lokal Pertama Di Miri Hidang Pelbagai Menu Menarik, Anda Wajib Singgah Ke Lapa.Food ‘Fast Food’ Lokal Pertama Di Miri
Next Article Adakah Anda Berani? Ini 6 Makanan Eksotik Dari Borneo Mungkin Tak Ramai Sanggup Cuba Adakah Anda Berani? Ini 6 Makanan Eksotik Dari Borneo Mungkin Tak Ramai Sanggup Cuba

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?