• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Kalau Betul Rocker, Tidak Begitu,’ Awie Tegur Noh Salleh Ludah Ke Arah Penonton Semasa Konsert

Oleh
ILB - AI
5 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
'Kalau Betul Rocker, Tidak Begitu,' Awie Tegur Noh Salleh Ludah Ke Arah Penonton Semasa Konsert

Noh Salleh dilihat ‘meludah’ ke arah penonton semasa sebuah konsert baru-baru ini

‘Kalau Betul Rocker, Tidak Begitu,’ Awie Tegur Noh Salleh Ludah Ke Arah Penonton Semasa Konsert. Baru-baru ini, netizen tidak berpuas hati dengan Noh Salleh dari kumpulan Hujan yang bertindak ‘tidak profesional’ di atas pentas apabila dirakam ‘meludah’ ke arah penontonnya ketika sebuah konsert.

Insiden ini akhirnya mendapat perhatian penyanyi rock veteran, Datuk Awie dari Wings yang menyatakan bahawa semua kumpulan rock sepatutnya tidak menggunakan status sebagai ‘rocker’ untuk bertindak ‘biadap’ di atas pentas ketika membuat persembahan.

'Kalau Betul Rocker, Tidak Begitu,' Awie Tegur Noh Salleh Ludah Ke Arah Penonton Semasa Konsert
‘Kalau Betul Rocker, Tidak Begitu,’ Awie Tegur Noh Salleh Ludah Ke Arah Penonton Semasa Konsert

“Yang berkelakuan aneh itu, rocker atau beruk?” – Awie

Menurut laporan, Awie menyatakan pendapatnya mengenai kejadian tersebut. Mengulas persembahan Noh yang penuh kontroversi baru-baru ini, beliau berkata semua rocker tidak seharusnya bertindak demikian ketika membuat persembahan di atas pentas.

“Rock in ada kategorinya, punk rock, death metal, dan sebagainya. Yang berkelakuan aneh itu, rocker atau beruk? Kalau betul rocker, tidak begitu,”

katanya.

Tambahnya lagi, kebanyakkan band di Malaysia terdiri daripada ahli bangsa Melayu dan “perlu ada adab kerana adab kita sangat tinggi.”

Rock memang ada attitude gempang, tapi jangan ambil yang gempang,”

ulasnya lagi.
'Kalau Betul Rocker, Tidak Begitu,' Awie Tegur Noh Salleh Ludah Ke Arah Penonton Semasa Konsert
Noh Salleh ketika sebuah persembahan baru-baru ini, dilihat membuat aksi ‘meludah’ ke arah penonton.

Jangan bawa masalah peribadi di atas pentas

Beliau juga menasihat para vokalis rock di Malaysia agar mengawal emosi dan tidak membawa masalah peribadi mereka ke atas pentas ketika membuat persembahan.

Saya seru kepada semua penyanyi band rock walaupun rock macam mana sekali pun jaga adab, kesian mak ayah kita yang ajar kita mengaji dan adab, kita hancurkan, kesian ibu bapa,”

katanya lagi.
'Kalau Betul Rocker, Tidak Begitu,' Awie Tegur Noh Salleh Ludah Ke Arah Penonton Semasa Konsert
Awie, vokalis Wings, ketika persembahan. Sumber: Kosmo

Ulasnya lagi, vokalis berusia 53 tahun itu menasihat para vokalis rock untuk mencari sesuatu dari sudut yang positif kerana “dalam seni muzik, macam-macam boleh dibuat.”

Saya dah 37 tahun menyanyi, rebel itu hanya diluar pentas, jangan bawa atas pentas, nanti satu dunia tahu. Kalau nak rebel boleh, tetapi melalui penulisan lirik, berkaryalah, luahkan dalam lirik bukannya dengan attitude buruk di atas pentas,”

tambahnya lagi.

Sebelum ini, Noh Salleh mencetuskan kontroversi apabila melakukan aksi ini semasa sebuah persembahan baru-baru ini:

Buat Hal Lagi, Noh Hujan Dikecam Netizen Meludah Ke Arah Penonton Semasa Konsert

Lagi di sini:

Demi Sertai Festival Filem Luar Negara, Guru Pedalaman Sarawak Sanggup Jual Figura Untuk Kumpul Dana
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Demi Hantar Filem, Guru Pedalaman Sarawak Sanggup Jual Figura Untuk Kumpul Dana Demi Sertai Festival Filem Luar Negara, Guru Pedalaman Sarawak Sanggup Jual Figura Untuk Kumpul Dana
Next Article Tiada Lagi Ciri ‘Withdrawal’ Di ShopeePay, Guna Kaedah Lain Pindah Wang Ke Akaun Bank

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?