• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Demi Sertai Festival Filem Luar Negara, Guru Pedalaman Sarawak Sanggup Jual Figura Untuk Kumpul Dana

Oleh
Nazihah AN
5 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Demi Hantar Filem, Guru Pedalaman Sarawak Sanggup Jual Figura Untuk Kumpul Dana

Bercerita tentang guru, pasti akan ada pelbagai cerita yang kita dengar

Demi Sertai Festival Filem Luar Negara, Guru Pedalaman Sarawak Sanggup Jual Figura Untuk Kumpul Dana. Tugas seorang guru bukan hanya sekadar mencerdikkan anak bangsa namun kadang kala peranan itu menjangkaui ruang lingkup sekolah seperti membantu dari segi kewangan dan tenaga agar dapat meneruskan pelajaran.

Bagi anda yang mengenali dengan Cikgu Nazmi, anda pasti tahu kegigihan beliau dalam mengajar anak muridnya di kawasan pedalaman Sarawak. Beliau turut tidak pernah putus asa untuk menyediakan keperluan untuk anak muridnya.

Demi Sertai Festival Filem Luar Negara, Guru Pedalaman Sarawak Sanggup Jual Figura Untuk Kumpul Dana
Demi Sertai Festival Filem Luar Negara, Guru Pedalaman Sarawak Sanggup Jual Figura Untuk Kumpul Dana. Sumber: FB Muhammad Nazmi

Muhammad Nazmi merupakan seorang guru yang cekal mendidik anak muridnya.

Terbaharu tular satu perkongsian daripada beliau berkenaan dengan pengumpulan dana untuk filem pendek beliau untuk dihantar ke Russian Mental Health Film Festival. Usaha seorang guru ini telah membuat ramai tersentuh kerana Cikgu Nazmi ini sanggup ‘mark down‘ figura yang beliau ingin jual semata untuk mendapatkan dana tersebut.

Filem berjudul ‘Bullies’ menampilkan salah seorang anak muridnya sebagai watak utama, rakan-rakan dan guru mereka turut menjadi watak sampingan untuk menjayakan filem ini. Tidak hanya itu, ibu bapa pelajar juga turut membintangi filem ini.

Demi Sertai Festival Filem Luar Negara, Guru Pedalaman Sarawak Sanggup Jual Figura Untuk Kumpul Dana
Sumber: FB Muhammad Nazmi

Demi menghantar karya pelajarnya untuk menyertai filem festival luar negara, Cikgu Nazmi sanggup jual figura nya.

Difahamkan bahawa, beliau bertindak untuk menjual figura miliknya dek kertas kerja yang telah dibuat, pitch program untuk mendapatkan dana tersebut tidak mendapatkan apa-apa jawapan dan akhirnya tidak dibalas.

Sedih, memang sedih. Tetapi insan seorang guru ini tidak akan membiarkan hasil karya anak muridnya tergantung begitu sahaja. Menerusi perkongsian beliau yang lain, rupanya beliau juga berhasrat untuk menghantar karya tersebut ke beberapa Film Festival yang lain.

https://www.facebook.com/muhammad.nazmi.90857901/posts/pfbid02wifs4NTBXo2ekdW6erkZGh8CwpjP4QRFkeSDwkCUBpvwdKF7gdW315uWP4s9zCH4l

InsyaAllah malam ni saya akan buat SALE mainan, untuk mencari dana menghantar karya pelajar kami ke beberapa festival film kesihatan mental seperti; di ‘Russian Mental Health Film Festival’, ‘Teeb TV Malaysia Mental Health Film Festival 2022’, ‘Go Mental! International Short Film Festival’ dan lain-lain jika ada rezeki.”

Ada bakat dah di sekolah kami,, duit saja tak pernah ada..”

Sedih bila bakat anak muda di pedalaman Sarawak ini tidak dihiraukan. Semoga urusan Cikgu Nazmi dipermudahkan. All the best!

Cikgu Nazmi juga pernah dianugerahkan RISE Educator 2021. Kesungguhan cikgu ini dalam mendidik sememangnya disayangi oleh anak muridnya dan juga orang ramai. Baca lagi di pautan bawah:

Guru Inspirasi Anak Jati Sarawak Dianugerahkan RISE Educator Award 2021
Guru Pedalaman Sarawak Ini Terharu Apabila Ibu Bapa Murid Sanggup Ke Pekan Hantar Pencalonan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Nak Tolong Orang Tua Motosikal Rosak’, Pemandu Grab Disamun Guna Kerambit Di Kopodim
Next Article 'Kalau Betul Rocker, Tidak Begitu,' Awie Tegur Noh Salleh Ludah Ke Arah Penonton Semasa Konsert ‘Kalau Betul Rocker, Tidak Begitu,’ Awie Tegur Noh Salleh Ludah Ke Arah Penonton Semasa Konsert

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?