• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kalau Tak Nak Sambut Hari Kebangsaan, Awak Janganlah Cuti 31 Ogos Nanti

Oleh
ILB - AI
16 Ogos 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Isu tarikh hari kebangsaan, hari kemerdekaan dan hari Malaysia jadi bualan hangat di laman twitter

Kalau Tak Nak Sambut Hari Kebangsaan, Awak Janganlah Cuti 31 Ogos Nanti. Dalam ketenangan hari minggu di tengah bulan Ogos ini, dunia internet di Malaysia digegarkan oleh ciapan seorang individu yang mengatakan 31 Ogos tiada kena mengena dengan orang di Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Isu tarikh hari kebangsaan, hari kemerdekaan dan hari Malaysia jadi bualan hangat di laman twitter
  • Walau bagaimanapun, kenyataan itu mengundang kecaman
  • Jika cuti krismas, Hari Raya boleh diraikan, kenapa tidak dengan 31 Ogos?
  • Baca juga artikel lain :
Kalau Tak Nak Sambut Hari Kebangsaan, Awak Janganlah Cuti 31 Ogos Nanti
Kalau Tak Nak Sambut Hari Kebangsaan, Awak Janganlah Cuti 31 Ogos Nanti

Ciapan tersebut menyatakan adalah tidak masuk akal orang Sarawak ‘terpaksa’ mengambil bahagian di dalam 31 Ogos kerana tarikh tersebut tiada kena mengena dengan orang Sarawak.

Individu tersebut juga menyatakan Hari Kemerdekaan Sarawak adalah 22 Julai dan Hari Malaysia adalah 16 September. 31 Ogos tidak sesuai pada naratif Sarawak ujarnya lagi.

Walau bagaimanapun, kenyataan itu mengundang kecaman

Walaupun ada benarnya kenyataan individu tersebut, namun ianya mengundang kecaman netizen terutamanya kerana 31 Ogos diwartakan sebagai Hari Kebangsaan dan juga cuti umum untuk setiap negeri dan juga ‘equal partner’ yang berada di dalam Persekutuan Malaysia.

Ada juga yang menegur dengan menyatakan tiada orang memaksa mereka yang berada di Sarawak untuk memakai bendera Malaysia pada hari tersebut. Cukuplah sekiranya menikmati hari tersebut sebagai cuti umum.

Individu tersebut kemudiannya menyatakan kenyataan beliau tidak bermaksud untuk menyebabkan keharmonian digugat, cuma hanya menyatakan bahawa pendapat beliau hanya berada dalam lingkungan ‘Sarawak specific’.

Jika cuti krismas, Hari Raya boleh diraikan, kenapa tidak dengan 31 Ogos?

Ada juga yang menyatakan jika cuti krismas, hari raya dan juga cuti cuti perayaan yang lain boleh disambut tanpa mengambil kira beza agama dan kaum, kenapa pula sambutan 31 Ogos harus dipersoalkan.

Sambutan 31 Ogos adalah hari cuti umum, sama juga seperti cuti cuti hari perayaan yang lain. Cuma dalam kes ini, 31 Ogos adalah Hari Kebangsaan.

Ada juga netizen yang menyatakan Jika isu 31 Ogos adalah ianya bukan hari kemerdekaan Sarawak, anggap sahaja ianya sambutan untuk adik beradik kita. Yang penting, ianya telah diwartakan sebagai hari cuti awam.

Harus kita ingati juga bahawa :

22 Julai : Hari Sarawak
31 Ogos : Hari Kebangsaan
16 September : Hari Malaysia

22 Julai adalah merupakan cuti umum di Sarawak, 31 Ogos dan 16 September pula merupakan Hari Malaysia yang meraikan pembentukan Perseketuan Malaysia yang terdiri dari Sabah, Sarawak dan juga Tanah Melayu.

Isu tarikh tarikh bersejarah sememangnya sesuatu yang harus kita peka namun tidak semuanya harus dijadikan isu. Isu yang lebih penting adalah memberikan dan menyalurkan maklumat sejarah yang benar buat generasi yang lebih muda agar mereka faham apa signifikan tarikh tarikh berkaitan sambutan hari kebangsaan di negara kita

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nampak Anak Dalam Mulut Buaya, Bapa Lihat Sendiri Anak Dibaham Di Sabah
Next Article KFC Tawar 3 Set Kombo Untuk RM 33 Sahaja, Ini 9 Senarai Promosi Gempak Makanan Bulan Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?