• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Legenda Kaleng Buran, Lelaki Bidayuh Bertukar Hodoh Saat Bulan Tidak Mengambang

Oleh
ILB - AI
2 Februari 2025
Kongsi
6 Min Bacaan
Kaleng Buran, Kisah Legenda Lelaki Bidayuh Yang Bertukar Hodoh Apabila Bulan Tidak Mengambang

Kisah lagenda masyarakat Bidayuh

Legenda Kaleng Buran, Kisah Lelaki Bidayuh Bertukar Hodoh Apabila Bulan Tidak Mengambang. Antara kisah legenda masyarakat Bidayuh ialah tentang Kaleng Buran, seorang lelaki tampan dan gagah yang bertukar hodoh apabila bulan tidak mengambang.

Kisah lagenda ini menggambarkan simpati terhadap Kaleng Buran dan isterinya yang menjadi mangsa keadaan. Cerita ini disampaikan secara lisan, jadi terdapat beberapa versi mengenai kisah ini.

Kaleng Buran, Seorang Pemuda Yang Tampan Wajahnya

Kisah bermula dengan seorang lelaki yang diperkenalkan sebagai Kaleng Buran, seorang pemuda yang tampan wajahnya dan gagah. Dimana-mana sahaja dia pergi, ramai gadis akan dilamun cinta apabila melihatnya.

Namun, hati Kaleng Buran sudah dimiliki oleh seorang wanita bernama Sipira, juga seorang gadis yang tiada kurang kacaknya. Tak lama kemudian, pasangan ini disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis perkahwinan yang mengikut adat-istiadat perkahwinan masyarakat Bidayuh.

Kaleng Buran, Kisah Legenda Lelaki Bidayuh Yang Bertukar Hodoh Apabila Bulan Tidak Mengambang
Gambar sekadar hiasan. Kredit: Once Upon A Time

Sipira Hairan Dengan Kelakuan Kaleng Buran

Setelah mereka kahwin, mereka mula hidup berbahagia sebagai suami isteri. Namun, tindakan Kaleng Buran yang sentiasa ghaib pada waktu malam membuat Sipira rasa hairan dengan kelakuan suaminya.

Apabila bulan tidak lagi megambang pada waktu malam, Kaleng Buran akan keluar dari rumah dan bermalam di tempat lain, hanya pulang ke rumah beberapa hari kemudian. Kelakuan Kaleng Buran membuat Sipira hairan dan akibatnya, hubungan mereka semakin tegang. Malah, Sipira pun berasa cemburu kerana tidak dinafikan Kaleng Buran ialah seorang yang handsome jadi tidak hairan lah kalau perempuan lain masih berebut untuk mendapatkan Kaleng Buran walaupun sudah berpangkat suami orang.

Semakin lama, semakin dalam perasaan cemburu Sipira akibat mengesyaki suaminya pergi berjumpa dengan perempuan lain.

Tidak tahan lagi dengan kelakuan suaminya, Sipira berputus untuk mengintai suaminya. Seperti biasa apabila bulan tidak lagi mengambang, Kaleng Buran keluar dari rumah mereka. Tanpa pengetahuan Kaleng Buran, Sipira mengekorinya dalam diam dari belakang.

Penemuan Yang Mengejutkan Sipira

Disebalik sangkaan Sipira, suaminya tidak pergi ke mana-mana kampung lain tetapi masuk ke dalam sebuah pondok dalam hutan. Pondok tersebut merupakan pondok dimiliki oleh mereka dan Sipira hairan kenapa suaminya sentiasa pergi ke pondok tersebut.

Apabila Sipira mengintai suaminya disebalik celah-celah dinding pondok tersebut, Sipira terkejut melihat apa yang dilihatnya.

Kaleng Buran, Kisah Legenda Lelaki Bidayuh Yang Bertukar Hodoh Apabila Bulan Tidak Mengambang
Gambar sekadar hiasan.

Di dalam kepekatan malam, Sipira melihat dengan jelas bagaimana suaminya yang tampan bertukar menjadi seorang lelaki yang menjijikan serta busuk.

Malah, seluruh badan suaminya dipenuhi kudis sehingga dapat dilihat ulat-ulat timbul dari luka-luka tersebut.

Kaleng Buran, Kisah Legenda Lelaki Bidayuh Yang Bertukar Hodoh Apabila Bulan Tidak Mengambang
Gambar sekadar hiasan.

Isteri Rasa Dibohong Dan Jijik Dengan Rupa Suaminya Yang Sebenar

Apabila melihat keadaan suaminya yang sebenar, Sipira hilang segala rasa kecintaan dan kasih sayang terhadap Kaleng Buran. Terkejut dengan perubahan tersebut, Sipira segera pulang ke rumah dan mengunci pintu rumah mereka agar suaminya tidak boleh mendekatinya lagi.

Jijik kerana bersuamikan Kaleng, Sipira langsung tidak mahu bertemu dengan dia lagi.

Gambar sekadar hiasan.

Beberapa hari kemudian, Kaleng Buran kembali ke rumah mereka seperti biasa. Namun, pada kali ini Sipira enggan menjemput suaminya memasuki rumah. Betapa marah dan jijik rasanya Sipira sehingga menyuruh Kaleng untuk pergi dari hidupnya. Sipira kemudian menghina Kaleng sebagai seorang lelaki yang tidak jujur kerana mempunyai ilmu hitam sehingga amalannya yang salah itu ‘membunuh’ dirinya.

Apabila mendengari isterinya menjelaskan perkara itu, baru Kaleng sedari rahsia besarnya telah terbongkar walaupun hakikatnya ia tidak seperti yang disangka oleh isterinya. Kaleng turut memujuk Sipira dengan berkata dia dilahirkan dengan sejenis penyakit yang menyebabkan dia mempunyai wajah itu apabila bulan tidak lagi mengambang – apabila bulan tidak bercahaya maka tubuh dan wajahnya akan berubah ke tubuh yang berkudis dan mengeluarkan ulat serta membusuk.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Flickr

Walaupun Kaleng puas beri penjelasan, Sipira tetap enggan menerima Kaleng dan bermohon untuk ceraikan Kaleng. Kaleng merayu kepada isterinya untuk melihatnya pada kali terakhir. Ini kerana Kaleng sudah berubah kembali biasa menjadi seorang pemuda Bidayuh yang tampan dan gagah seperti yang selalu dilihat Sipira sebelum ini.

Namun, Sipira tetap tidak mahu melihat serta menerima Kaleng kembali sebagai suami dan kekal dengan pendiriannya.

Kecewa Dengan Kejadian Ini, Kaleng Berputus Asa Dan Beredar Dari Situ

Menyedari isterinya tiada lagi perasaan cinta terhadapnya, Kaleng dengan rasa dukacitanya beredar dari situ.

Dalam kekecewaannya, Kaleng memohon kepada sang dewa untuk dibawa dirinya jauh-jauh dari manusia. Permohonan dia didengar dan dalam sekelip masa sahaja Kaleng diangkat tinggi-tinggi sehingga ke langit.

Apabila melihat suaminya diangkat ke langit, Sipira berasa nyesal dengan tindakannya dan bergegas keluar untuk menyelamatkan suaminya. Namun, nasi sudahpun menjadi bubur.

Walaupun dirayu oleh Sipira untuk kembali kepadanya, Kaleng Buran sudah terguris hati dan kekal di bulan – leaving his wife who once loved him but chased him away.

Sejak itu, Kaleng Buran menjadi penghuni bulan lalu digelar ‘Manusia Bulan’. Sipira yang ditinggalkan di bumi sentiasa dilanda rindu yang berpanjangan dan menangis setiap hari mengenang perbuatannya yang kejam ke atas suami tercintanya sendiri.

Perbuatan Sipira yang kejam itu telah menyebabkan sang dewa menghukum Sipira menjadi seekor burung pungguk tidak lama kemudian. Oleh itu, pepatah ‘bagai si pungguk yang merindukan bulan’ wujud atas sebab kisah ini.

Kaleng Buran, Kisah Legenda Lelaki Bidayuh Yang Bertukar Hodoh Apabila Bulan Tidak Mengambang
Bagai si pungguk yang merindukan bulan.

Apa lagi kisah legenda masyarakat Bidayuh anda tahu? Komen dan jangan lupa kongsikan artikel ini!

Lagi disini:

Legenda Kaum Iban, Kisah Percintaan Antara Seorang Manusia Dan Dewi
Legenda Arung Salamiah, Kisah Cinta Pilu Pulau Bohey Dulang Sabah

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Guru-Guru Di Sarawak Ini Sanggup Redah Banjir, Pastikan Pelajar Dapat Duduki Peperiksaan
Next Article Ini 7 Senarai Inisiatif Kebajikan Untuk Rakyat Sarawak Ini 7 Senarai Inisiatif Kebajikan Untuk Rakyat Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?