• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini 7 Senarai Inisiatif Kebajikan Untuk Rakyat Sarawak

Oleh
Nazihah AN
2 Februari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Ini 7 Senarai Inisiatif Kebajikan Untuk Rakyat Sarawak

Kenali Program Kebajikan Melalui iSarawakCare untuk Rakyat Sarawak

Ini 7 Senarai Inisiatif Kebajikan Untuk Rakyat Sarawak. Kerajaan Negeri Sarawak, melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), telah melancarkan iSarawakCare, sebuah platform dalam talian yang memudahkan rakyat Sarawak mengakses pelbagai inisiatif kebajikan.

Ini 7 Senarai Inisiatif Kebajikan Untuk Rakyat Sarawak
Gambar sekadar hiasan: Etiqa

Antara program yang ditawarkan melalui iSarawakCare termasuk:

  1. Dana Endowment Sarawak (EFS): Memberikan simpanan sebanyak RM1,000 kepada setiap anak yang lahir di Sarawak mulai tahun 2019, tanpa mengira latar belakang. Mohon di sini.
  2. Geran Pelancaran (GP): Bantuan kewangan sekali bayar yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak untuk individu yang merancang memulakan perniagaan kecil-kecilan. Mohon di sini.
  3. Bantuan Ibu Bersalin (BIB): Menyalurkan geran tunai sebanyak RM450 kepada ibu yang melahirkan anak mulai 1 Januari 2020, bagi meringankan beban kewangan selepas bersalin. Mohon di sini.
  4. Geran Tahunan Khas (GTK): Menawarkan geran sebanyak RM5,000 kepada Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang berdaftar di Sarawak untuk meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak. Mohon di sini.
  5. Bantuan Pesakit Buah Pinggang (BPBP): Membantu pesakit buah pinggang, khususnya golongan B40 dan M40 di Sarawak, yang memerlukan rawatan seperti hemodialisis. Mohon di sini
  6. Kad Kenyalang Emas (KGC): Kad khas untuk warga emas Sarawak berumur 60 tahun ke atas yang menawarkan pelbagai kemudahan seperti diskaun khas dan keahlian percuma di kedai rakan strategik. Mohon di sini
  7. Lembaga Amanah Kebajikan Bukan Islam (LAKBI): Menyokong pendidikan, agama, sukan, serta membantu golongan miskin dan warga tua dengan objektif kebajikan untuk kepentingan awam. Mohon di sini

Melalui iSarawakCare, rakyat Sarawak kini boleh membuat permohonan dalam talian untuk bantuan-bantuan tersebut, mendapatkan maklumat terkini mengenai inisiatif kebajikan, serta mengakses panduan dan soalan lazim bagi setiap program yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, layari iSarawakCare.

Baca juga jenis-jenis bantuan khas untuk rakyat Sarawak. Baca di bawah:

Ini 6 Senarai Bantuan Kewangan Kemasukan Ke IPT Untuk Anak Sabah & Sarawak
Bantuan SKAS Bakal Disalurkan Mulai Suku Pertama 2025, Ini Yang Anda Perlu Tahu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kaleng Buran, Kisah Legenda Lelaki Bidayuh Yang Bertukar Hodoh Apabila Bulan Tidak Mengambang Legenda Kaleng Buran, Lelaki Bidayuh Bertukar Hodoh Saat Bulan Tidak Mengambang
Next Article Kerajaan Sarawak Akan Hulur Bantuan RM10 Juta Untuk Mangsa Banjir

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?