• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kampung Bangau-Bangau Semporna Terbakar, NGO Rayu Bantuan Ringankan Beban Penduduk

Oleh
ILB - AI
22 April 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Kampung Bangau-Bangau Semporna Terbakar, NGO Rayu Bantuan Ringankan Beban Penduduk

Kebakaran tersebut berlaku sekitar jam 11:30PM semalam

Kampung Bangau-Bangau Di Semporna Terbakar, NGO Rayu Bantuan Ringankan Beban Penduduk. Semalam, Kampung Bangau-Bangau di pekan Semporna, Sabah, mengalami kebakaran yang mengakibatkan sebanyak 105 rumah musnah terbakar dan menyebabkan sekitar 900 orang hilang tempat tinggal.

Kampung Bangau-Bangau Semporna Terbakar, NGO Rayu Bantuan Ringankan Beban Penduduk

Musnah sepenuhnya

Dalam kejadian yang berlaku 11:30PM itu, kebakaran tersebut telah menyebabkan 10 blok rumah kongsi penempatan sementara musnah sepenuhnya.

Kampung Bangau-Bangau Semporna Terbakar, ramai pelajar kita di Sekolah Alternatif @BorneoKomrad yang menjadi mangsa.

Kami memerlukan sebuah kereta 4×4 atau lori untuk mengangkat barang bantuan. Pinjam atau sewa.

Pertubuhan Kebajikan Anak Impian Malaysia
564061446062 (Maybank) pic.twitter.com/zxxqlWeIiC

— Mukmin Nantang (@mukminnantang) April 20, 2022

Kejadian ini malangnya bukan kali pertama penduduk Kampung Bangau-Bangau mengalami kebakaran yang telah menyebabkan tempat kediaman mereka terjejas teruk. Kampung ini merupakan penempatan sementara yang telah dibina oleh kerajaan untuk menempatkan mangsa kebakaran rumah setinggan pada tahun 2017.

NGO Sabah, Borneo Komrad, kini telah tampil untuk meminta bantuan daripada orang awam bagi meringankan beban mangsa yang terjejas oleh kebakaran ini. Untuk pengetahuan anda, Borneo Komrad merupakan sebuah organisasi inisiatif mahasiswa dan anak muda bagi membangun advokasi sosial seperti pendidikan, kebudayaan dan hak kemanusiaan.

Salah satu inisiatif terkenal mereka adalah mengendali Sekolah Alternatif, di mana mereka membantu memberi peluang pendidikan kepada komuniti – terutamanya mereka yang tidak mempunyai dokumentasi – dengan bantuan gerakan Suara Mahasiswa UMS dan Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA) UMS.

Sebuah kelas dalam sesi di Sekolah Alternatif Teluk Layang. Kredit foto: FB Borneo Komrad

Kebanyakan kanak-kanak Kampung Bangau-Bangau yang menjadi mangsa kebakaran ini adalah pelajar cawangan Semporna mereka. Setakat ini, Borneo Komrad dibantu oleh pelajar Sekolah Alternatif dan sukarelawan tempatan Semporna untuk membantu mangsa-mangsa kebakaran.

Kanak-kanak Kampung Bangau-Bangau susulan kejadian. Kredit foto: FB Borneo Komrad

Ingin memberikan bantuan? Ini cara anda boleh membantu!

Sekiranya anda ingin memberikan bantuan, anda boleh memberi sumbangan anda kepada akaun rasmi Pertubuhan Kebajikan Anak Impian Malaysia (564061446062 [Maybank]) dengan rujukan ‘KebakaranSemporna’.

Jika anda ingin membantu dengan menderma, barangan seperti pakaian, makanan, ubat-ubatan, keperluan wanita dan bayi juga digalakkan.

Kredit foto: FB Izzat Dahelan

Pada masa penulisan, mereka telah berjaya menerima derma sebanyak RM33,821.18 dalam masa 24 jam. Namun, anda masih boleh membantu dengan menderma kepada akaun rasmi yang dinyatakan di atas bagi membantu mereka untuk meringankan beban mangsa.

Kemas kini terkini. Kredit foto: FB Borneo Komrad

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Borneo Komrad di [email protected] atau +6018-8723694.

Semoga mangsa kebakaran ini dipermudahkan urusan dan tabah menghadapi dugaan ini.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Projek Lampu Isyarat Samarahan Bakal Disambung Semula, JKR Beri Jaminan Siap 15 Bulan Projek Lampu Isyarat Samarahan Bakal Disambung Semula, JKR Beri Jaminan Siap 15 Bulan
Next Article Tinggalkan Rumah Dalam Tempoh Lama, Muat Turun Aplikasi Ini Untuk Polis Periksa Dan Buat Rondaan Rumah Anda Tinggalkan Rumah Dalam Tempoh Lama, Muat Turun Aplikasi Ini Untuk Polis Periksa Dan Buat Rondaan Rumah Anda!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?