• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Kampung Budaya Sarawak Buat Promosi ‘Free Entrance’ Selama 3 Hari

Oleh
Aina Musa
22 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Kampung Budaya Sarawak adakan promosi menarik sempena Hari Sarawak

Kampung Budaya Sarawak Buat Promosi ‘Free Entrance’ Selama 3 Hari. Bersempena dengan Hari Sarawak yang disambut pada 22 Julai setiap tahun, pihak Kampung Budaya Sarawak (SCV) telah mengadakan promosi dengan menawarkan ‘special rate’ dan ‘free entrance’ kepada seluruh warga Sarawak yang berkunjung ke SCV.

Berdasarkan hantaran yang dimuat naik menerusi laman Facebook mereka, promosi itu dijalankan selama 3 hari bermula daripada 22 hingga 24 Julai.

Kampung Budaya Sarawak Buat Promosi 'Free Entrance' Selama 3 Hari
Kampung Budaya Sarawak Buat Promosi ‘Free Entrance’ Selama 3 Hari

Syarat istimewa untuk dapatkan ‘free entrance’

Setiap warga Sarawak yang berkunjung ke Kampung Budaya Sarawak akan diberi ‘special rate’ oleh mereka. Tiket masuk akan dijual dengan harga yang lebih murah berbanding harga biasa.

Lebih menarik, pihak SCV turut menjayakan promosi ‘free entrance’ kepada pengunjung yang menggayakan busana tradisional lengkap.

Kampung Budaya Sarawak Buat Promosi 'Free Entrance' Selama 3 Hari

Antara syarat untuk mendapatkan tiket ‘free entrance’ tersebut adalah dengan menggunakan pakaian tradisional masing-masing daripada bahagian kepala sehingga kaki.

Kampung Budaya Sarawak Buat Promosi 'Free Entrance' Selama 3 Hari
Kredit foto: ZULAZHAR SHEBLEE / THE STAR

Simbolik pihak SCV mengadakan promosi ini adalah sebagai salah satu cara untuk menghargai hari yang bermakna itu di samping mempromosikan budaya dan adat di Sarawak.

Pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan

Bersempena dengan sambutan Hari Sarawak juga, pihak SCV turut menjalankan pelbagai aktiviti menarik sepanjang 3 hari tersebut.

Antaranya ialah pengenalan kepada makanan etnik di Sarawak, permainan tradisi Sarawak, treasure hunt dan sebagainya.

Kampung Budaya Sarawak Buat Promosi 'Free Entrance' Selama 3 Hari
Kredit foto: Robin Junang via MalaysiaAktif

Hadiah juga turut ditawarkan kepada pengunjung yang melibatkan diri dalam permainan treasure hunt yang diadakan khas bersempena Hari Sarawak.

Jangan lupa untuk kunjungi Kampung Budaya Sarawak bagi memeriahkan lagi aktiviti yang dijalankan!

Baca lagi artikel berkaitan aktiviti yang dijalankan pada hujung minggu ini:

SUMBER :FB Sarawak Cultural Village
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jalan Mengelirukan, Kenderaan Hampir Bergesel Sempat Dirakam Netizen Di Kuching Jalan Mengelirukan, Kenderaan Hampir Bergesel Sempat Dirakam Netizen Di Kuching
Next Article Bukti Jam Tangan, Pejabat Kerajaan Tidak Beroperasi ‘On Time’ Cetus Kecaman Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?