• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bukti Jam Tangan, Pejabat Kerajaan Tidak Beroperasi ‘On Time’ Cetus Kecaman Netizen

Oleh
ILB - AI
22 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Bukti jam tangan sebelum dan selepas.

Bukti Jam Tangan, Pejabat Kerajaan Tidak Beroperasi ‘On Time’ Cetus Kecaman Netizen. Berlaku di Keningau, Sabah apabila seorang netizen telah mengunggah gambar bukti jam tangan di media sosial dan ini turut mencetus kemarahan netizen lain di ruang komen.

Isu ini tular apabila Raynold Charles Jiepanis Geoffrey merasa kecewa dan memuat naik gambar jam tangan sebelum dan selepas sementara menunggu ketibaan para kakitangan kerajaan di Pejabat Daerah Keningau.

Bukti Jam Tangan, Pejabat Kerajaan Tidak Beroperasi “On Time” Cetus Kecaman Netizen
Bukti Jam Tangan, Pejabat Kerajaan Tidak Beroperasi “On Time” Cetus Kecaman Netizen. Sumber gambar: FB Raynold Charles Jiepanis Geoffrey

Jumlah yang menunggu seramai 36 orang.

Dari pukul 9.20 pagi hingga 11.00 pagi, Raynold sempat menghitung jumlah kedatangan pelanggan yang lain dan ianya sebanyak 36 orang. Jumlah ini tidak termasuk dengan yang sudah mengambil keputusan untuk pulang.

Menurut Raynold, tepat pukul 11.10 pagi, orang pertama daripada kalangan orang awam hanya mengambil masa 1 minit untuk urusannya. Kakitangan kerajaan yang tidak menepati masa untuk memulakan operasi ini amat menyusahkan terutamanya untuk orang awam yang berasal dari kampung dan datang dari luar bandar.

Slogan Sabah Maju Jaya tidak selari dengan perkhidmatan.

Bahkan, slogan Sabah Maju Jaya tidak selari dengan perkhidmatan yang disediakan apabila berlaku kejadian begini. Diakui oleh beliau, tidak semua jabatan kerajaan sedemikian tetapi hal ini tetap mengecewakan.

Dari hantaran ini, netizen sempat memberi sindiran pedas dan kecaman mengenai berkaitan isu ini di ruang komen.

Bukti Jam Tangan, Pejabat Kerajaan Tidak Beroperasi “On Time” Cetus Kecaman Netizen
Sumber gambar: FB Raynold Charles Jiepanis Geoffrey
Bukti Jam Tangan, Pejabat Kerajaan Tidak Beroperasi “On Time” Cetus Kecaman Netizen
Sumber gambar: FB Sabah Info
Bukti Jam Tangan, Pejabat Kerajaan Tidak Beroperasi “On Time” Cetus Kecaman Netizen
Sumber gambar: FB Sabah Info

Harapnya penjawat awam yang terbabit dapat memperbaiki sikap dan disiplin semasa bekerja. Anda adalah wajah hadapan perkhidmatan awam. Jika bukan anda yang melancarkan urusan rakyat, siapa lagi kan?

Beberapa hari yang lalu, Speaker Dewan Rakyat menolak untuk membahaskan usul tuntutan waris Sulu:

SUMBER :FB Raynold Charles Jiepanis Geoffrey
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kampung Budaya Sarawak Buat Promosi ‘Free Entrance’ Selama 3 Hari
Next Article Ikan Mirip Alligator Dijumpai Di Tatau, Pembunuh Ikan Asli Di Sungai Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?