• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kampung Terbakar, Keluarga Pengantin Tabah Teruskan Majlis Perkahwinan Di Tawau

Oleh
Nazihah AN
28 Oktober 2024
Kongsi
1 Min Bacaan
Kampung Terbakar, Keluarga Pengantin Tabah Teruskan Majlis Perkahwinan Di Tawau

Keluarga pengantin sempat mengejutkan orang kampung untuk menyelamatkan diri pada malam kejadian

Kampung Terbakar, Keluarga Pengantin Tabah Teruskan Majlis Perkahwinan Di Tawau. Kampung Jati Batu 5, Tawau dikejutkan dengan kebakaran besar yang memusnahkan sebanyak 38 buah rumah pada awal pagi Ahad. Namun, insiden tragis ini tidak menghalang satu pasangan pengantin, Iwan dan Saidah, untuk meneruskan majlis perkahwinan mereka yang dijadualkan berlangsung pada hari yang sama.

Dalam kejadian kebakaran tersebut, keluarga pengantin yang masih sibuk membuat persiapan hingga lewat malam berperanan penting dalam menyelamatkan penduduk kampung.

Kampung Terbakar, Keluarga Pengantin Tabah Teruskan Majlis Perkahwinan Di Tawau
Sumber: Facebook TawauSyurga

Kejadian ini telah menarik perhatian netizen media sosial

Ketika kebakaran mula merebak, mereka pantas mengejutkan jiran-jiran yang sedang tidur untuk menyelamatkan diri. Tindakan pantas mereka sedikit sebanyak membantu mengurangkan risiko kecederaan dan kemalangan jiwa.

Majlis perkahwinan ini yang berlangsung di tengah-tengah suasana sayu dan penuh emosi turut menarik perhatian netizen apabila berita tersebut tular di laman Facebook.

Walaupun diuji dengan musibah, pasangan pengantin ini kekal tabah dan meneruskan perancangan majlis. Ramai yang memberikan kata-kata semangat serta mendoakan kesejahteraan pasangan pengantin dan penduduk yang terlibat dalam musibah itu.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tun M Cadang Sarawak Beri Bantuan Kepada Negeri Lain Kerana Diiktiraf Pendapatan Tinggi Tun M Cadang Sarawak Beri Bantuan Kepada Negeri Lain Kerana Diiktiraf Pendapatan Tinggi
Next Article Pelajar KV Keningau Rangkul 4 Anugerah Di Pertandingan Nyanyian Peringkat Kebangsaan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?