• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dua Lelaki Ditahan, Kantoi Dalam Cubaan Curi Kabel Di Bintulu

Oleh
Aina Musa
15 Julai 2024
Kongsi
1 Min Bacaan
Dua Lelaki Ditahan, Kantoi Dalam Cubaan Curi Kabel Di Bintulu

Kedua-dua suspek diberkas pasukan polis dalam operasi tersebut.

Dua Lelaki Ditahan, Kantoi Dalam Cubaan Curi Kabel Di Bintulu. Polis Bintulu berjaya menahan dua lelaki tempatan semasa memotong kabel dalam ‘manhole’ utama milik sebuah syarikat telekomunikasi di Jalan Sultan Iskandar.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, kehadiran kedua-dua suspek disedari pengawal keselamatan syarikat terbabit pada jam 2.10 pagi semalam semasa melakukan rondaan di kawasan tersebut.

Dua Lelaki Ditahan, Kantoi Dalam Cubaan Curi Kabel Di Bintulu.

“Pengawal keselamatan itu kemudiannya menghubungi polis sejurus melihat suspek berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Superintenden Nixon, pemeriksaan ke atas suspek yang ditahan menemukan 16 potongan kabel pelbagai saiz, satu unit chain-block, satu unit tangga dan seunit gergaji besi yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan jenayah tersebut.

Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes curi dan penagihan dadah.

“Ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek mengesahkan mereka positif mengambil dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine,” jelasnya.

Permohonan reman kedua-dua suspek telah dilakukan di Mahkamah Majistret Bintulu dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan.

Baca lagi artikel menarik:

JPN Pesan Rakyat Malaysia Agar Jangan Terlalu Kreatif Beri Nama Anak, Skibidi, Tan Sri, Chuynx Tidak Dibenarkan
Buli Siber Di Malaysia, Membawang Di WhatsApp Boleh Jadi Jenayah Dan Naik Mahkamah

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tanpa Mengira Kaum, Universiti Percuma Untuk Graduan UEC Sarawak Menjelang 2026
Next Article Dua Lelaki Afrika Tular Bawa Lagu Bekikis Bulu Betis Curi Perhatian Netizen Sarawak Dua Lelaki Afrika Tular Bawa Lagu Bekikis Bulu Betis Curi Perhatian Netizen Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?