• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

JPN Pesan Rakyat Malaysia Agar Jangan Terlalu Kreatif Beri Nama Anak, Skibidi, Tan Sri, Chuynx Tidak Dibenarkan

Oleh
Husna Hazmi
14 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Nama yang tidak boleh digunakan di Malaysia

JPN Pesan Rakyat Malaysia Agar Jangan Terlalu Kreatif Beri Nama Anak, Skibidi, Tan Sri, Chuynx Tidak Dibenarkan. Nama seseorang individu itulah yang melambangkan identiti, etnik, bangsa serta keturunan, bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, bukan sekadar perbuatan kita sahaja yang akan disebut dan diingati tapi nama kita juga akan diingati.

Baru-baru ini, Jabatan Pendaftaran Negara telah memuatnaik perkongsian di laman Facebook mereka di mana mereka memesan rakyat Malaysia agar jangan menjadi ‘terlalu kreatif’ jika memberikan nama kepada bayi.

JPN Pesan Rakyat Malaysia Agar Jangan Terlalu Kreatif Beri Nama Anak, Skibidi, Tan Sri, Chuynx Tidak Dibenarkan
JPN Pesan Rakyat Malaysia Agar Jangan Terlalu Kreatif Beri Nama Anak, Skibidi, Tan Sri, Chuynx Tidak Dibenarkan

Garis panduan nama tidak boleh diterima

Oleh itu, Jabatan Pendaftaran Negara turut berkongsi garis panduan mengenai nama yang tidak boleh diterima untuk kanak-kanak.

Antara nama yang tidak dibenarkan termasuk nama yang mempunyai makna yang tidak baik di dalam bahasa Melayu iaitu ‘bodoh’, ‘busuk’, ‘harimau’, ‘skibidi’ (slang Gen A) dan juga ‘evil’.

JPN Pesan Rakyat Malaysia Agar Jangan Terlalu Kreatif Beri Nama Anak, Skibidi, Tan Sri, Chuynx Tidak Dibenarkan
Gambar tangkap layar dari FB Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia

Elak beri gelaran ‘Dato’, ‘Tan Sri’, ‘Puan Sri’, dan ‘Haji’

Ibu bapa juga dipesan untuk mengelak daripada memberi gelaran dalam nama bayi mereka seperti ‘Dato’, ‘Tan Sri’, ‘Puan Sri’, dan ‘Haji’.

Nama kreatif yang lain yang boleh menyebabkan kekeliruan apabila disebut atau dieja juga tidak dibenarkan seperti ‘chuynx’, ‘ytjt’, dan ‘usyux’.

Selain itu, panjang maksimum aksara pada sijil kelahiran ialah 80.

Oleh demikian, buat ibu bapa baharu di luar sana yang ingin menamakan anak, buat keputusan yang sewajarnya dengan memberikan mereka nama yang baik-baik dan tidak melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

Memang Unik, Nama ‘Baby Girl’ Di IC Pelajar Sabah Ini Buat Ramai Terkejut
Nama Unik Dan Sukar Disebut, Bekas Pelajar UNIMAS Badjie Xatieqoutieqc Ibadallah Tarik Perhatian Netizen

SUMBER :DayakDaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Dakwa Insiden Cubaan Bunuh Donald Trump Lakonan Semata-Mata
Next Article Tanpa Mengira Kaum, Universiti Percuma Untuk Graduan UEC Sarawak Menjelang 2026

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?