• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kantoi Jual Cecair Vape Perisa Ganja, Lelaki Di Sibu Dikenakan Penjara Seumur Hidup

Oleh
Nazihah AN
26 Ogos 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Ujian air kencing suspek didapati positif dadah jenis THC.

Kantoi Jual Cecair Vape Perisa Ganja, Lelaki Di Sibu Dikenakan Penjara Seumur Hidup. Seorang lelaki tempatan ditahan apabila mendapati menjual cecair vape berperisa ganja di salah sebuah kedai di Jalan Kampung Nangka.

Menurut Utusan Borneo, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sibu bertindak selepas menerima maklumat tersebut dan menahan suspek berusia 30 tahun di stor berkenaan pada jam 1.50 tengah hari.

Kantoi Jual Cecair Vape Perisa Ganja, Lelaki Di Sibu Dikenakan Penjara Seumur Hidup
Kantoi Jual Cecair Vape Perisa Ganja, Lelaki Di Sibu Dikenakan Penjara Seumur Hidup. Gambar sekadar hiasan

Pihak polis berjaya merampas ganja seberat 97.73 gram (gm)

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata bahawa hasil pemeriksaan mendapati tujuh bekas plastik pelbagai label mengandungi cecair disyaki dadah jenis ganja atau kanabis seberat 97.73 gram (gm) yang bernilai RM1,750.

Difahamkan, cecair perisa ganja tersebut adalah untuk kegunaan dalam rokok elektronik (vape) dan boleh mendatangkan khayal kepada perokok vape. Pihak polis turut merampas 133 biji pil yang disyaki bahan psikotropik dianggarkan bernilai RM190.

Ujian air kencing suspek didapati positif dadah jenis THC. Namun pihak polis mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Sumber gambar: Utusan Borneo

Suspek direman 5 hari bagi bantuan siasatan bawah 3 Seksyen

Jelas beliau dalam sebuah kenyataan, suspek ditahan reman selama lima hari bagi bantuan siasatan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1) ADB 1952.

Jika sabit kesalahan, suspek dikenakan Seksyen 39A(2) ADB 1952 memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara lima tahun dan tidak lebih 10 kali sebatan. Manakala, bagi kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 memperuntukkan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya sekali.

Gambar sekadar hiasan.

Hukuman bagi Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 pula ialah denda tidak melebihi RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali dan pengawasan selama dua tahun di bawah Seksyen 38B akta yang sama.

Lagi berita semasa anda boleh baca pautan di bawah:

Dakwaan Ditukar Kepada Kes Bunuh Tanpa Niat, Lelaki Bunuh Isteri Di Sibu Terlepas Tali Gantung
Berdekad Menunggu, Basar Paru Meninggal Dunia Tidak Kesampaian Diberi Taraf Kewarganegaraan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Legenda Arung Salamiah, Kisah Cinta Pilu Pulau Bohey Dulang Sabah
Next Article Anda Ingin Berkhemah? Ini 5 Hack Yang Boleh Berguna Untuk Anda Ini 5 Tips Berguna Untuk Anda Yang Ingin Berkhemah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?